NOOR AZURIN MOHD SHARIF
25 OGOS 2016
Ismail Rantai pernah tembah dua
komunis Ismail menunjukkan topi komunis yang ditinggalkan di tapak kem.
MELAKA - Masih ingatkah anda
dengan VAT69 yang suatu ketika dahulu menyumbang tenaga demi kedaulatan negara.
Pada ketika itu, hanya mereka
terpilih dari beratus anggota polis berdaftar, menandakan hanya mereka yang
terbaik sahaja layak diterima untuk membentuk komando VAT69.
Ismail Daud, 73, atau dikenali
sebagai Ismail Rantai dalam kalangan pejuang seusianya, menceritakan pengalaman
sebagai salah seorang hero VAT69 yang
menentang kezaliman Parti Komunis Malaya (PKM) demi mewujudkan negara komunis
di Tanah Melayu.
“Sepanjang memasuki komando
VAT69, saya terlibat dalam hampir keseluruhan operasi sama ada di Semenanjung
Malaysia mahupun Sabah dan Sarawak.
“Seingat saya, pada 1972,
komando VAT69 telah menembak dua perisik PKM di Sungai Siput Perak dan
keesokannya, bermulalah pertempuran pertama VAT69 patrol 2,” katanya.
Menurutnya, beliau memasuki
pasukan beruniform adalah kerana minat dan mahu mengikut jejak langkah arwah
bapanya yang juga seorang polis berpangkat sarjan.
“Anggota polis yang
memasuki VAT69 bukanlah mengejar material dan wang ringgit,
melainkan darah perwira memang mengalir dalam tubuh badan saya.
“Zaman kami adalah zaman susah.
Kebanyakan kami yang bujang ketika itu, hanya makan roti sapu kaya dan air kopi
segelas, dan sambal ikan bilis berserta nasi putih,” katanya.
Menurutnya, ketika di Sarawak,
komando VAT69 pernah beberapa kali terlibat dalam pertempuran dan juga dapat menawan beberapa kem musuh.
“Bagaimanapun, selalunya musuh
dapat lari sebelum pasukan kita sampai. Selalunya apa yang kami jumpai hanyalah
peralatan-peralatan memasak, periuk nasi dan pakaian lusuh,” katanya.
Beliau juga menceritakan kisah
menyayat hati ketika seorang rakan seperjuangan meninggal dunia terpijak
jerangkap samar selepas pasukannya memenangi satu pertempuran di Hulu Perak
pada 1975 dalam Ops Sukat.
“Peristiwa lain, ketika saya
ditugaskan bagi menggagalkan cubaan komunis untuk meletupkan satu empangan di
Perak.
“Pada ketika itu, satu pasukan
bantuan ditugaskan menghantar bekalan makanan ke Point Charlie. Setelah hampir
tiga bulan di dalam hutan, mereka yang menaiki bot telah diserang hendap dan
dibunuh kejam dengan mayat mereka dikelar
pisau oleh komunis,” katanya.
Ismail yang telah menceburkan
diri dalam bidang kepolisan dari 1962
hingga 1999 mengharapkan anak-anak muda kini menyelami semangat perjuangan
terdahulu dan bukan mengejar pangkat serta wang semata-mata
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 25
OGOS 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan