Pada hari ini 25.8.1957, 2000
orang penduduk Tanjung Malim telah mengadakan satu gerakan menentang komunis.
Gerakan menentang komunis yang terbesar pernah diadakan di Tanah Melayu ini
telah dimulakan sejak awal pagi 25 Ogos 1957. Dua ribu orang awam tersebut
telah memasuki hutan belantara dan menyeru 5 orang pengganas komunis yang masih
tinggal dalam kawasan hutan Tanjung Malim. Di udara kapal terbang yang
mempunyai alat pembesar suara yang dapat didengar sehingga 4 batu jauh telah
digunakan mengarah pengganas-pengganas komunis keluar menyerah diri. Gerakan
menentang komunis ini diadakan selama 4 jam sejak jam 9.00 pagi dan hutan
belantara yang dimasuki oleh 2000 orang awam itu seluas 30,000 ela persegi.
Kebanyakan orang awam yang menyertai gerakan ini ialah anggota-anggota
Jawatankuasa Rakyat Setia Tanjung Malim. Semasa orang awam meredah hutan ini
mereka dilindungi oleh askar-askar dari Batalion ke-5 Askar Melayu serta 13
unit Pasukan Polis Persekutuan serta tentera udara. Sesungguhnya gerakan rakyat
menentang komunis pada hari ini dalam tahun 1957 tersebut merupakan satu perpaduan dan
kerjasama semua pihak untuk membantu kerajaan membanteras komunis.
SUMBER- http://www2.arkib.gov.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan