Selasa, 30 Ogos 2016

BENDERA ‘UNION JACK’ DITURUNKAN DI MELAKA 30.8.1957

Pada hari ini dalam tahun 1957, upacara penurunan bendera ‘Union Jack’ telah diadakan di padang Bandar Hilir, Melaka pada pukul 6.30 petang.  Penurunan bendera yang dilakukan lebih awal daripada tempoh berakhirnya pemerintahan British di Tanah Melayu ini menandakan berakhirnya pentadbiran British di Melaka selama 133 tahun. Bendera ini  diturunkan  oleh dua orang anggota dari kapal perang kecil, H.M.S. Saint Bride’s Bay dengan diiringi oleh tiupan serunai.  Ia  kemudiannya diserahkan kepada Resident Commissioner,  Tuan H.G. Hammett yang terdahulu daripada itu telah menerima  tabik  hormat  daripada  pasukan  pancaragam  batalion  pertama  Rhodesian Rifles.  Ribuan  hadirin  yang menyaksikan upacara tersebut merasa terharu kerana akhirnya Melaka dan seluruh Tanah Melayu  bebas dari cengkaman penjajah. Sesungguhnya,  penurunan  bendera ‘Union Jack’ pada hari ini dalam tahun 1957 telah menyemarakkan lagi semangat  kecintaan  penduduk Tanah Melayu  kepada tanah air.

SUMBER- http://www2.arkib.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan