Pada hari ini 13.8.1973,
Perdana Menteri Tun Abdul Razak bin Hussein telah merasmikan ucapacara
pelancaran Lembaga Pertubuhan Peladang LPP. Upacara ini berlangsung di Dewan
Tunku Abdul Rahman dan dihadiri sama oleh Pengerusi LPP Y.M. Tengku Ahmad
Rithauddeen, menteri-menteri dan dif-dif terhormat. Tujuan utama penubuhan
Lembaga Pertubuhan Peladang ini ialah untuk menyelaraskan segala
aktiviti-aktiviti badan-badan berkanun saperti LPN, FAMA, MARDI, RISDA, Bank
Pertanian serta lain-lain jabatan kerajaan yang ada hubungannya secara langsung
dengan kerajaan pertanian di negara ini, Selain dari itu, ianya juga bertujuan
untuk menyatukan kegiatan syarikat-syarikat kerjasama dan peraturan-peraturan
Peladang demi meninggikan taraf hidup kaum tani. Kemunculan Lembaga Pertubuhan
Peladang timbul dari kesedaran kerajaan tentang perlu memodenkan sektor
pertanian demi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru, untuk menyusun semula
masyarakat. Untuk tujuan ini kegiatan ekonomi yang menyeluruh di luar bandar
perlu diperhebatkan supaya kemajuan desa dapat diseimbangkan dengan kerajaan
bandar. Untuk melicinkan perlaksanaan projek-projek yang dirancang oleh LPP,
bagi faedah kaum tani, ia telah menubuhkan Pusat Kemajuan Pertanian di
tiap-tiap kawasan kemajuan peladang. Dengan berbuat demikian pembahagian
perkhidmatan serta bantuan dari jabatan-jabatan kerajaan akan dapat disalurkan
dengan lebih mudah dan sistematik. Kerajaan sesungguhnya berharap LPP yang
dilancarkan penubuhannya pada hari ini dalam tahun1973 akan dapat memberi
jaminan terhadap kemajuan kehidupan petani di masa-masa akan datang kerana
pengembelingan tenaga yang terdapat dalam LPP dijangka akan dapat menyelaraskan
segala peringkat kegiatan pertanian dari penghasilan hingga pemasaran dengan
cara yang lebih berkesan.
SUMBER- http://www2.arkib.gov.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan