RAJA terakhir memerintah
sebagai wakil kepada Sultan Selangor di Lukut adalah Raja Bot atau nama
sebenarnya Raja Muhammad Saleh, anak kepada Raja Jumaat yang dilahirkan di
Lukut pada Disember 1847.
Ketika pemerintahan Raja
Jumaat, kestabilan politik dan ekonomi di Kota Lukut adalah sangat baik, malah
beliau bijak menjalinkan hubungan dengan Melaka yang ketika itu diperintah oleh
Belanda.
Namun, kewibawaan kepimpinannya
tidak diwarisi. Kejatuhan Kota Lukut bermula apabila pewarisnya, Raja Bot
mengambil alih wilayah itu dan berhadapan dengan pelbagai masalah seperti
tuntutan kawasan oleh Sungei Ujong.
Selain itu, aktiviti
perlombongan mula berkurangan apabila kadar pengeluaran bijih timah semakin
merosot. Di tambah pula dengan masalah pergaduhan antara kaum dan
pertelingkahan pemimpin dalaman.
Justeru, Lukut akhirnya
diserahkan kepada Sungei Ujong (Negeri Sembilan) dalam satu perjanjian yang
ditandatangani di Singapura.
Dalam catatan di Muzium Lukut,
Raja Bot dikatakan mengambil alih pemerintahan pada 1865. Kemudian beliau
dilantik menjadi Penghulu Sungai Buloh pada 1887.
Ketua Muzium Lukut, Peterson
Augustine menimbulkan persoalan kehilangan istana di Kota Lukut berdasarkan
jarak masa sekarang dengan pemerintahan Raja Bot.
Beliau berkata, sehingga hari
ini, pihak muzium masih tertanya-tanya ke mana hilangnya istana Kota Lukut,
sedangkan jarak masa dengan sekarang tidak sampai beratus tahun.
“Mengikut kajian, Kota Lukut
ditemui berdasarkan struktur binaan di atas bukit Gajah Mati yang dibina
seperti sebuah kubu perang.
“Saya pun buntu memikirkan
jarak masanya tidak terlalu lama, tetapi yang dijumpai dalam eskavasi pada 1940
hanyalah tapak tiang dan serpihan seperti peralatan dalam rumah.
“Memang pelik, sedangkan
bangunan yang lebih lama dibina Belanda dan British masih wujud hingga ke hari
ini, tetapi istana Kota Lukut ghaib!” ujarnya.
-SUMBER:
http://www.utusan.com.my/rencana/misteri-kehilangan-istana-1.375183#sthash.QMU5Yars.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan