Pada hari ini 29.8.1957,
"Duke dan Duchess of Cloucester " serta anaknya Prince William telah
tiba di Kuala Lumpur. "Duke of Gloucester" adalah wakil kepada
baginda Queen untuk hadir di upacara Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
pada 31 Ogos 1957. Ketibaan rombongan Diraja Britain itu di Lapangan Terbang
Kuala Lumpur telah disambut dengan meriah oleh para pegawai Inggeris dan kaum
kerabat Diraja Melayu. Rombongan Diraja Britain tersebut telah diperkenalkan
kepada Raja-Raja Melayu oleh Sir Donalad Mac Gillivary, iaitu Pesuruhjaya
Tinggi British di Tanah Melayu. Rombongan Duke of Gloucester kemudiannya juga
diperkenalkan kepada Tunku Abdul Rahman yang merupakan bakal Perdana Menteri
bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan mencapai kemerdekaannya. Ketibaan wakil
baginda Queen, Duke of Gloucester pada hari ini dalam tahun 1957 adalah satu
kenangan manis kepada rakyat Tanah Melayu yang akan mencapai kemerdekaannya dan
sebaliknya kenangan pahit bagi Britain yang terpaksa merelakan Tanah Melayu
merdeka dan bebas dari pengaruhnya.
SUMBER- http://www2.arkib.gov.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan