Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Perang Dunia Kedua di Asia
berlaku antara tahun 1941 hingga 1945.Dalam Perang Dunia Kedua Jerman, Itali
dan Jepun mewujudkan pakatan yang dikenali sebagai kuasa Paksi.
Faktor-faktor penglibatan Jepun
a.Nasionalisme melampau
Kita Ikki dianggap sebagai
penyumbang utama kepada aliran baharu nasionalisme Jepun. Beliau mencadangkan
pembentukan semula negara Jepun oleh
tentera dan dilakukan atas nama Maharaja. Kemunculan nasionalisme melampau
dalam kalangan tentera ini bepunca dai kemerosotan politik berparti dan masalah
kemelesetan ekonomi.[1]
Angkatan bersenjata Jepun
kurang senang dengan demokasi Barat kerana gejala rasuah dalam kalangan ahli
parlimen Jepun. Kemelesetan ekonomi
dunia 1929 telah membei kesan ketaa kepada ekonomi Jepun khususnya golongan
petani. Pemintaan sutera mentah yang menjadi ekspot terbesar ke Amerika
Syarikat jatuh mendadak. Petani yang menjalankan kegiatan memelihara ulat
sutera menerima kesan yang amat besar.
Keengganan kerajaan menuunkan cukai
ditambah pula dengan pendapatan petani yang jatuh 50%, berserta hutang yang
semakin banyak telah menambahkan penderitaan petani Jepun. Teras anggota
tentera berasal dai keluarga petani dan ramai pegawai tentera berasal dari
keluarga yang mempunyai tanah yang sederhana dan kecil. Mereka teharu dengan
pendeitaan petani. Bagi pegawai-pegawai pula merasai politik berpalimen sedang
merosakkan Jepun. Hanya dengan mengambil alih pemerintahan oleh golongan
tentera sahaja negara Jepun dapat diselamatkan.
Tentera bertindak merampas kuasa, golongan
tentera mendominasi keajaan selepas mencetuskan satu kekacauan pada 26 Febuari
1936. Seramai 1400 tentera yang dipimpin oleh 15 pemimpin muda telah
memberontak. Mereka merampas Ibu Pejabat Polis Tokyo, Kementerian Hal Ehwal
Perang dan Bangunan Diet.
Pada tahun 1940 parti-parti politik telah
dimansuhkan . Sehubungan itu kerajaan mula menyediakan Jepun ke arah
peperangan. Belanjawan untuk tentera telah ditambah sebanyak 50% daipada
belanjawan negara setiap tahun.[2]
b.Desakan ekonomi
Kesan Pemodenan Meiji yang
memberi keutamaan kepada industi merupakan salah satu faktor Jepun melakukan
impeialisme dan terlibat dalam Perang
Dunia Kedua. Jepun memerlukan bahan mentah dan pasaran yang perlu diperolehi
dari luar negara kepada pasaran domestik yang lemah serta bahan mentah yang
terhad.
Manchuria dan China merupakan kawasan
yang penting kepada ekonomi Jepun kerana menjadi pelabur kedua terbesar selepas
Britain. Selain menguasai pelaburan tempatan orang Jepun juga menguasai
perdagangan dalam negeri. Selepas tahun 1933, Manchuria menjadi tumpuan
penghijrah Jepun kerana menjadi pelabur kedua terbesar selepas Bitain. Antara
tahun 1932 hingga 1937 Jepun mendapatkan
arang batu dan besi untuk industri kereta dan kapal terbang. Manchuria juga
berpotensi menjadi pusat penghasilan makanan.
Sejak dulu lagi, Manchuria menjadi kawasan rebutan antara Jepun dengan
China. Jepun dan China beselisih faham tentang isu pekhidmatan Kereta Api
Manchuria Selatan yang dimiliki oleh pihak Jepun. Kerajaan China menentang
monopoli kereta api tesebut dengan membina landasan kereta api baru yang selari
dengan landasan kereta api tersebut. Keadaan ini menimbulkan kemarahan pihak
Jepun.
Pada tahun 1937 meletus Perang China-Jepun Kedua yang
berakhir dengan kemenangan pihak Jepun. Amerika berazam untuk menghentikan
pendudukan Jepun di China dengan mengenakan beberapa sekatan ekonomi terhadap
Jepun seperti melarang semua ekspot ke Jepun serta membekukan harta Jepun di Amerika Syarikat.
Langkah yang sama diambil oleh Britain
dan Belanda. Dengan itu Jepun kehilangan sumber minyak yang amat penting bagi
tujuan menjalankan dasar imperialisme. Kuasa-kuasa Barat ini bimbang
kepentingan mereka di Indo-China dan Asia Tenggara akan terjejas jika Jepun
meluaskan kuasanya di Asia Tenggara. Jepun ingin menakluki Asia Tenggara untuk
mendapatkan logam dan minyak serta tidak lagi begantung kepada bekalan dari
Amerika Syarikat.
c.Keselamatan negara
Soal keselamatan negara turut menjadi
punca Perang Dunia Kedua di Asia.Isu keselamatan negaa bukan muncul secara
mendadak, tetapi telah diutaakan sejak pertengahan abad ke-18. Ketika Jepun
menghadapi ancaman kuasa-kuasa Barat seorang intelek Jepun Yoshida Shoin
mencadangkan supaya Jepun mengukuhkan pertahanannya dengan memajukan Pulau
Hokkaido, menakluki kepulauan Ryuku (Okinawa), menguasai Manchuria, Formosa dan
menjadikan Korea sebagai negei naungan.
Seorang lagi tokoh Jepun yang
membicarakan soal keselanatan ialah Yamata Aritomo. Beliau ialah pemimpin
kerajaan Meiji dan pengasas Jepun moden. Oleh kerana pada tahun 1880-an dan
1890-an Jepun masih diancam oleh Rusia
dan Britain, Yamata berpendapat Jepun perlu membuat persediaan dari segi
pertahanan negara. Yamata memperkenalkan konsep garis kepentingan negara yang
merujuk kawasan berhampiran Jepun yangbdianggap boleh mempengaruhi keselamatan
negara Jepun.
Penaklukan Manchuria pada tahun 1932
bertujuan untuk mengukuhkan garis kepentingan Jepun di Tanah Besar Asia. Garis
kepentingan negara Jepun berubah selepas berlakukannya Perang China-Jepun pada
tahun 1937.
Kesimpulannya keghairahan Jepun menjadi kuasa dominan di Asia
membimbangkan kuasa-kuasa Barat. Tambahan pula kuasa-kuasa Barat mempunyai
kepentingan ekonomi di Asia. Ancaman Jepun terhadap keselamatan dan ekonomi
Barat menyebabkan kuasa-kuasa Barat beruasaha melumpuhkan kekuatan ketenteraan
Jepun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan