WARTAWAN SINAR HARIAN
16 OGOS 2016
Gesa pulihara makam alim ulama Ismail
menunjukkan satu lagi kubur lama di kampung Bangau Tanjung dipercayai milik
seorang lagi Tok Bangau di kampung tersebut, semalam.
TEMERLOH – Sebuah makam lama
dipercayai milik Kadi Ismail di Kampung Bangau Tanjung di sini, perlu diberi
perhatian kerana mempunyai nilai sejarah tersendiri.
Allahyarham antara alim ulama
tersohor satu ketika dahulu, namun beliau tidak dikenali generasi sekarang.
Kadi Ismail mempunyai gelaran
lain antaranya Raja Ismail Bugis, Tun Ismail dan Kadi Ismail Mendailik
dipercayai adalah Tok Bangau kedua yang diberi amanah menjaga serta mentadbir
mukim Bangau dalam daerah Temerloh satu ketika dahulu.
Berdasarkan pemerhatian seorang
pengkaji sejarah dari Kampung Berhala Gantang, Zainal Abidin Lebai Hasan, makam
Kadi Ismail ini terletak bersebelahan taman bimbingan kanak-kanak (Tabika)
milik Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Kampung Bangau Tanjung.
Menurutnya, makam lama ini
terletak atas busut dan hanya mempunyai satu batu nisan akibat tidak dijaga dan
diberi perhatian atau mungkin hilang akibat bencana alam.
“Kadi Ismail mempunyai ramai
keturunan cicitnya dan sekiranya makam ini diberi perhatian sudah tentu akan
menimbulkan minat ramai untuk mengkaji sejarahnya.
“Sekali gus, ia dapat menarik
minat keturunannya yang ada untuk kembali bertaut selepas mengetahui asal usul
dan keturunan nenek moyang mereka,” katanya.
Zainal Abidin berkata, Kadi
Ismail membuka pondok pengajian sekitar 1720-1740 dan mempunyai dua anak
Menurutnya, seorang daripada
anaknya, Tun Tuan menjadi Tok Bangau ketiga pada 1750.
“Selaku pengkaji sejarah, saya
berasa sangat rugi sekiranya makam alim ulama yang terkenal satu masa dahulu
ini dibiarkan tanpa ada usaha untuk menjaga persekitarannya.
“Paling tidak makamnya ini
dapat dikenali dan diketahui cicit-cicit keturunannya yang ada sekarang,”
katanya.
Zainal Abidin berkata, beliau
berharap kerajaan negeri atau setidak-tidaknya pihak berkuasa tempatan (PBT)
memberi perhatian memulihara makam yang ada.
"Pendedahan sejarah kubur
lama di Kampung Bangau Tanjung itu tidak mempunyai sebarang niat buruk tetapi
sekadar berkongsi sejarah untuk generasi sekarang," katanya.
Sementara itu, seorang warga
emas di Kampung Bangau Tanjung, Ismail Omar 77, berkata, beliau tidak
mengetahui asal usul makam lama tetapi sekadar mengetahui ia milik alim ulama.
Menurutnya, terdapat beberapa
kawasan lagi di kampung itu yang mempunyai kubur-kubur lama yang beliau sendiri
tidak tahu asal-usulnya.
“Walaupun tak tahu asal-usulnya
tetapi elok sekiranya ada pihak yang mengambil berat mengenai perkara ini
supaya generasi baharu tahu sejarahnya dan boleh dikaji bersama,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Mohd
Nazri Sidek 62, berkata, sememangnya diketahui orang lama di Kampung Bangau
Tanjung yang makam lama itu adalah milik alim ulama.
Menurutnya, selain makam
tersebut terdapat lebih kurang 40 kubur lama bersebelahan Tabika tersebut dan
dia mengambil peluang membersihkan kawasan tersebut setiap tahun sejak kecil
lagi kerana berhampiran dengan rumahnya.
“Di kawasan ini memang terdapat
banyak kubur lama termasuklah dalam kawasan tanah di rumah saya, tetapi yang
saya tahu, kubur lama ini milik alim ulama mengikut cerita orang-orang tua
dahulu.
“Tapi saya tak pasti adakah ia
milik Kadi Ismail, sekiranya ada sejarah atau kajian menunjukkan ia betul maka
mungkin ia betul,” katanya.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 18
OGOS 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan