27 Ogos 2016 11:24 PM
DOKUMEN kelahiran Mbah Gotho yang disahkan oleh pegawai Indonesia baru-baru ini. AGENSI
JAKARTA 27 Ogos – “Apa yang saya mahu adalah mati. Semua cucu saya sudah boleh berdikari.”
Demikian kenyataan seorang lelaki yang didakwa manusia tertua di dunia susulan pendedahan dokumen kelahirannya oleh pegawai Indonesia baru-baru ini.
Menurut laporan mirror.co.uk, lelaki tersebut, Mbah Gotho yang berasal dari Sragen, Jawa Tengah dikatakan berusia 145 tahun setelah satu dokumen mengesahkan dia dilahirkan pada 31 Disember 1870.
Salah seorang cucunya, Suryanto berkata, datuknya telah menyiapkan diri untuk mati sejak usianya mencecah 122 tahun.
“Batu nisan telah dibuat pada 1992 dan itu adalah 24 tahun lalu. Kami juga telah menyediakan tempat perkuburan berdekatan kubur anak-anaknya,” katanya.
Kesemua 10 adik-beradik Mbah Gotho telah meninggal dunia termasuk empat orang isteri dan anak-anaknya.
Jika tarikh kelahirannya itu adalah benar seperti didakwa, Mbah Gotho akan diiktiraf sebagai manusia tertua yang kini rekodnya dipegang oleh seorang wanita Perancis, Jeanne Calment yang berusia 122 tahun.
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lelaki-indonesia-didakwa-manusia-tertua-di-dunia-1.375524#sthash.98slDGmw.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan