ARKIB :
02/03/2011
Susunan SITI
AINIZA KAMSARI
PERANG Badar
merupakan antara ujian terbesar yang dialami oleh tentera Islam di Madinah.
Lagi pula kekuatan yang dimiliki tentera kafir cukup luar biasa. Ia di luar
jangkauan tentera Islam.
Tetapi
akhirnya kemenangan memihak kepada tentera Islam.
Dalam
peperangan itu, seorang demi seorang panglima tentera Quraisy yang terkenal
dengan gagah perkasa. Ini menyebabkan bala tentera golongan kafir itu hilang
semangat hingga bertempiaran lari meninggalkan medan perang.
Perang Badar
berakhir setelah dikatakan berlangsung hanya beberapa jam. Ia bermula daripada
terbit matahari 17 Ramadan dan tamat menjelang awal tengah hari pada hari yang
sama.
Sebanyak 70
orang tentera kafir Mekah yang kebanyakan adalah para pemimpin dan orang
kenamaan pembesar Quraisy terkorban. Sebanyak 70 orang lagi ditawan oleh
tentera Islam.
Ia melibatkan
lebih kurang 15 atau 16 peratus daripada tentera Quraisy terkorban. Manakala di
pihak Muslim hanya 14 yang terkorban iaitu lebih kurang empat peratus daripada
kekuatan keseluruhan.
Daripada
jumlah itu, enam orang adalah kalangan Muhajirin dan lapan lagi yang terkorban
adalah dari kalangan puak Ansar.
Kesemua mereka
ini tentunya adalah sekumpulan para syuhada pertama dalam peperangan Islam yang
menempahkan diri mereka masuk ke dalam syurga Allah.
Diriwayatkan
oleh Abu Talhah bahawa Nabi Muhammad kemudiannya mengarahkan kesemua mayat
tentera kafir Quraisy dikumpul dan dihumbankan ke dalam sebuah perigi.
Jenazah-jenazah tentera Islam dikebumikan di medan Badar itu.
Sebanyak 14
orang tentera Islam yang syahid dikuburkan di Badar. Sementara seorang lagi
dikuburkan antara Badar dan Madinah iaitu dalam perjalanan pulang selepas
perang.
Walaupun
perang telah tamat dan tiada lagi musuh yang boleh mengancam keselamatan namun
baginda dan bala tentera yang lain menunggu selama tiga hari di medan Badar
sebelum pulang ke Kota Madinah.
Pada hari
keempat baru baginda dan para pengikut yang lain pulang semula ke Madinah.
Sebelum pulang
itu baginda sempat berdiri berhampiran dengan telaga yang telah dihumbankan ke
dalamnya mayat-mayat anggota tentera kafir dan baginda pun menyeru nama-nama
mereka yang mati itu berserta nama bapa-bapa mereka sambil berkata:
"Sukakah kamu kalau kamu mentaati Allah dan Rasul-Nya? Sesungguhnya kami
telah mendapat apa yang dijanjikan Allah kepada kami adalah benar. Maka apakah
kamu mendapati apa yang dijanjikan oleh tuhan kamu kepada kamu adalah
benar?" Kata Rasulullah.
Lalu sahabat
baginda, Umar Al Khattab pun menegur: "Wahai Rasulullah, mengapa engkau
bercakap dengan jasad-jasad yang sudah tidak bernyawa itu?"
Baginda pun
menjawab: "Demi diri Muhammad yang berada dalam kekuasaan-Nya, bukannya
kamu yang lebih mendengar daripada mereka kerana mereka itu lebih mendengar
tetapi hanya mereka tidak berupaya untuk menjawabnya sahaja!"
Sementara itu
saki baki tentera musyrikin yang kalah dalam perang Badar bertempiaran lari.
Mereka lari berselerakan ke merata lembah, bukit dan jalan tanpa haluan dalam
keadaan yang sangat berkecamuk.
Mereka juga
tidak tahu bagaimana hendak memberitahu kekalahan teruk yang mereka alami itu
dan malu yang amat sangat.
Ini kerana,
penduduk kafir Mekah yakin mereka dapat mengalahkan tentera Islam dengan mudah.
SUMBERArtikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz5djFQXzhL
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan