ARKIB : 04/05/2011
Susunan SITI AINIZA KAMSARI
Perang Uhud merupakan antara perang yang paling
menarik pernah berlaku dalam dalam mana-mana sejarah perang dunia.
Walaupun berakhir dengan kekalahan pihak Islam
dengan pelbagai strategi diatur sedemikian rupa yang pastinya menjanjikan
kemenangan namun sepanjang berlaku perang ini penuh dengan pelbagai kisah
kepahlawanan yang luar biasa dan sehingga kini tiada tolok bandingnya.
Tentunya yang kita maksudkan adalah kisah bapa
saudara Rasulullah sendiri, iaitu Hamzah bin Abdul Mutalib atau lebih dikenali
sebagai 'Singa Allah' atau Asadullah.
Seorang bapa saudara yang sangat menjaga anak
saudaranya sebelum ini dan pahlawan yang sangat perkasa dalam Perang Badar.
Semasa Perang Uhud, sesuai dengan gelaran yang
diberi, Hamzah bagaikan seekor singa yang sedang mengamuk dan mengganas.
Hamzah atau nama sebenarnya Hamzah Abu 'Amaarah bin
Abdul Mutalib bin Hashim bin 'Abdi Manaaf al Quraisy al Haasyimi. Berusia dua
tahun lebih tua daripada Rasulullah dikatakan berjaya membunuh lebih 30 tentera
kafir Mekah sepanjang Perang Uhud itu.
Beliau yang turut digelar Sayyidusy-Syuhadaa'
(Penghulu para syuhada) tidak akan memberi peluang terhadap musuh kecuali terus
berjuang habis-habisan mempertahankan Islam.
Sejak Hamzah mula memeluk Islam pada tahun kelapan
selepas anak saudaranya itu dilantik Allah menjadi Rasul sehinggalah pada detik
membawa kepada kematiannya di tangan musuh di Perang Uhud, seluruh hidupnya
adalah untuk Islam.
Justeru sasaran membunuhnya memang tidak pernah
padam di kalangan musuh. Malah ada yang membuat pelbagai tawaran yang sangat
lumayan asal sahaja Hamzah dapat dibunuh.
Satu lawan satu
Bagi mereka dengan gugurnya seorang pahlawan Islam
ini pasti akan pincanglah kekuatan Nabi Muhammad dan para pengikutnya.
Ini menyebabkan tugas membunuh Hamzah tidak boleh
dilakukan secara berhadapan atau satu lawan satu. Jika cara itu dipilih maka
tidak akan pernah pihak yang lawan tidak akan menang, jauh sekali dapat
mencederakan Hamzah. Ini kerana Hamzah begitu hebat, perkasa, cekap dan
tangkas.
Saat Hamzah sedang melawan dan mencari musuh untuk
diperangi, saat itu jugalah sebenarnya Hamzah sedang diekori tanpa beliau
sedari.
Musuh yang mengekori untuk mengambil peluang
membunuh Hamzah secara curi itu ialah seorang bangsa kulit hitam bernama Wahsyi
bin Harb.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz5e9YZA6yt
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan