ABDUL Rahman bin Auf adalah
seorang sahabat Nabi Muhammad yang berbangsa Quraisy. Nama sebenar beliau ialah
Abdul rahman bin Auf bin al-Haris bin Zahrah. Beliau tergolong dalam golongan
yang awal memeluk agama Islam.
Beliau tidak terkecuali daripada
menyertai Perang Badar dan siri peperangan yang lain. Beliau juga dalah salah
seorang daripada 10 10 orang yang dijamin masuk syurga. Beliau meninggal dunia
pada tahun 32 Hijrah bersamaan 652 Masihi. Jenazah beliau dikebumikan di tanah
perkuburan Baqi'.
Semasa Perang Badar, Abdul Rahman
bin Auf bertempur dengan tentera musuh. Dalam kesibukan melawan musuh, dua
orang budak Ansar datang kepadanya. Mereka ialah Muaz bin Amar bin Jamuh dan
Muaz bin Afra.
Salah seorang budak Ansar itu
memegang tangannya. Dia bertanya kepada Abdul Rahman, "Adakah pakcik kenal
Abu Jahal?"
Kemudian Abdul Rahman menjawab,
"Pakcik kenal Abu Jahal. Mengapa anak bertanya mengenai Abu Jahal kepada
pakcik?"
Budak Ansar itu berkata lagi,
"Abu Jahal adalah orang yang mencari dan mengeji Nabi Muhammad. Dia adalah
musuh kita yang utama. Sekiranya saya dapat menangkap Abu Jahal, saya tidak
mahu melepaskannya. Saya akan bunuh dia biarpun nyawa saya terancam!"
Seorang lagi budak Ansar yang
berada di sebelah rakannya juga ebrsetuju dengan kata-kata kawannya itu.
Abdul Rahman bin Auf terkejut
melihat semangat dua orang budak Ansar itu.
Semasa Abdul Rahman dan dua orang
budak Ansar itu ebrbual-bual, tiba-tiba Abdul Rahman terlihat Abu Jahal
menunggang kudanya dalam keadaan mundar-mandir. Abu Jahal yang angkuh cuba
melawan tentera Islam.
Kemudian Abdul Rahman menjerit
memberitahu kepada dua orang budak Ansar tadi, "Itu Abu Jahal."
Keduadua orang budak Ansar itu
berlari ke tempat Abu Jahal. Di tangan mereka terdapat pedang yang tajam.
Pedang itu adalah bagi membunuh Abu Jahal.
Salah seorang daripada budak
Ansar itu memotong kaki kuda Abu Jahal. Sementara seorang lagi menyerang Abu
Jahal. Abu Jahal terjatuh daripada kudanya.
Abu Jahal masih belum mati. Pada
masa itu Ikramah, tentera musuh turut berada di sana mengawal Abu Jahal.
Apabila Ikramah melihat Abu Jahal
diapa-apakan oleh dua budak Ansar itu, Ikramah menyerang balas, lalu memotong
tangan Muaz bin Amar bin Jamuh. Muaz cuba melawan dalam keadaan tangannya yang
berlumuran darah.
Namun, beliau tidak berjaya
kerana pergerakan badannya terbatas. Kemudian Muaz bin Afra cuba melawan Abu Jahal
menggunakan pedangnya.
Melihat keadaan itu, Abdullah bin
Mas'ud datang menyerang menggunakan pedangnya yang tajam. Abdullah bin Mas'ud
menyerang Abu Jahal sehingga kepala Abu Jahal terputus daripada badannya. Abu
Jahal tewas dan akhirnya mati terbunuh.
Kesungguhan dua orang budak Ansar
itu membuatkan Abdul Rahman bin Auf berasa terharu. Berkat usaha, kerjasama dan
cita-cita yang tinggi bagi mengalahkan lawannya itu akhirnya tercapai. Semangat
mereka yang tinggi bagi menegakkan agama terbukti usia bukan penghalang
walaupun mereka masih kecil.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1006&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm#ixzz5cw5n4SFR
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan