Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
a. Institusi pendidikan dan bentuk pengajaran
. Masjid-masjid, istana khalifah dan Kuttab.
. Kurikulum - ilmu tafsir, hadis, fiqh, bahasa,
kesusasteraan Arab dan lain-lain. Pengajaran dalam bentuk syarahan.
, Cara penyampaian ilmu berbentuk halaqah
Terdapat pengajaran qira'ah al-Quran dan qasidah yang berpusat di Kota Makkah dan Madinah.
Terdapat tujuh jenis bacaan mengikut loghat suku kaum Arab. Bagi membolehkan orang Islam bukan Arab membaca ak-Quran, diwujudkan tanda-tanda bunyi seperti fathah, dammah dan kasrah. Al-Quran kemudian dibariskan dengan lengkap serta ditanwimkan serta diletakkan tanda syaddah.
. Masjid-masjid di Basrah dan Kufah (Iraq) – pusat pengajian bahasa
. Istana khalifah berfungsi sebagai tempat belajar dan perpustakaan
' Subjek yang diajar - sejarah, kesusasteraan, ilmu pidato dan lain-lain
. Kuttab - sekolah permulaan. Dua jenis
- Kuttab untuk orang awam yang dikenakan yuran dan kutttab alSabil untuk kanak-kanak miskin yang diberi percuma.
. Penekanan kepada pengajian al-Quran dan asas-asas ilmu agama.
Tenaga-tenaga pengajar :
-Mempunyai pengetahuan yang berbeza-beza antara satu sama lain
-Guru-guru di masjid mempunyai asas-asas ilmu pengetahuan yang kukuh dan pelbagai kemahiran berbanding dengan guru-guru di istana dan kuttab.
Guru-guru di masjid mengajar tanpa sebarang ganjaran.
Guru-guru yang mengajar di istana khalifah dikenali sebagai muaddih
- guru yang mengajar berkenaan budi pekerti, adab-adab dan sahsiah. Mereka ditugaskan mengajar putera-putera khalifah dan anak
pembesar.
c. Bidang-bidang pengajian :
. Pengajian senik muzik dan puisi - berpusat di KotaMakkah dan Madinah. Pemuzik dan penyanyimenjadikan istana khalifah sebagai tempat untukmendapat ganjaran.
. Pengajian kesusasteraan dan ilmiah
- berkembangpesat di masjid-masjid di Basrah dan Kufah
. Pengajian sains dan perubatan - mencapai kemajuantinggi hingga melahirkan pakar-pakar perubatan
. Pengajian seni ukir dan seni pahat
- banyak ayatQuran, hadis, syair dan kata-kata hikmat dipahat dandiukir pada dinding dan mimbar masjid, istana danlain-lain.
. Pengajian membuat kertas, kompas dan mensiu (alatmillliliter)
d. Dasar dan perkembangan pendidikan :
. Percuma bagi golongan kurang berkemampuan dikuttab dan percumabagi pengajian secara terbuka dimasjid-masjid. Kebanyakan rakyat menuntut ilmuwalaupun tiada dasar wajib belajar. Berbeza denganputera mahkota yang diberikan pendidikan wajib diistana atau mereka dihantar ke halaqah pengajian.
. Tiada sukatan pelajaran ditetapkan.
. Perkembangan ilmu pengetahuan seiring denganpenyebaran agama Islam.
. Lahir tokoh-tokoh agama dan cendiakawan Islam.[1]
Peranan khalifah dalam perkembangan ilmu dan penyebaran Islam.
Kemunculan ilmu falsafah (suatu ilmu yang banyakmenggunakan akal untuk berhujah) menyumbangperkembangan sistem pendidikan.
. Akhir zaman pemerintahan Bani Umayyah, ulamaIslam terpaksa menggunakan falsafah sebagai senjata bagi menentang hujah-hujah orang yahudi danNasrani. Bentuk pendidikan mengalami perubahanmengikut tuntutan dan situasi semasa.
. Ilmu sejarah menjadi salah satu faktor penting dalam perkembangan sistem pendidikan. Ilmu ini dikhususkan untuk putera-putera khalifah kerana mereka bakal memimpin kerajaan. Dengan adanya pengetahuan berkenaan sejarah, mereka dapat memahami ilmu ketatanegaraan, sistem pemrintahan, pentadbiran dan menjadikan pengalaman pemerintahan terdahulu sebagai pengajaran bagi mengukuhkan pemerintahan pada masa hadapan.[2]
[1] Ibid,64
[2] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 234.
[3] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 214.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan