ARKIB :
13/04/2011
Susunan SITI
AINIZA KAMSARI
SEJURUS
mendapat tahu bahawa 3,000 tentera kafir Quraisy Mekah sedang bergerak menuju
ke utara untuk menyerang Madinah, Rasulullah SAW segera mengadakan perbincangan
dengan para sahabat dan pengikut baginda bagi mengatur strategi perang kali
ini.
Persoalan
penting ialah sama ada tentera Islam perlu keluar dari Kota Madinah untuk
bertempur dengan pihak musuh atau terus bertahan sahaja dalam kota tanpa perlu
ke mana-mana.
Rasulullah
sendiri berpendapat supaya mereka tidak perlu keluar ke mana-mana. Malah seluruh
penduduk Madinah boleh turut sama mempertahankan Madinah dari dikuasai pihak
musuh.
"Jika
mereka masuk sahaja ke dalam kota, maka seluruh penduduk akan memerangi mereka
di segenap lorong-lorong yang sempit dengan kedudukan kaum wanita akan
menentang daripada atas bumbung-bumbung rumah mereka," kata baginda.
Ini merupakan
pendapat baginda secara peribadi bukannya yang diwahyukan kepadanya, yang tidak
semestinya diterima oleh para pengikut baginda.
Namun cadangan
baginda itu diterima atau dipersetujui oleh ketua orang munafik Madinah, iaitu
Abdullah bin Ubay bin Salul yang turut hadir dalam mesyuarat itu.
Dia bersetuju
dengan cadangan itu semata-mata supaya muslihatnya terlaksana iaitu supaya saat
tentera kafir Quraisy masuk ke dalam kota, saat itu jugalah Abdullah akan
mempamerkan 'dirinya' yang sebenar.
Tidak sahaja
dia akan belot malah akan membantu tentera musuh mengalahkan pihak Islam.
Muslihat jahat
seperti itu dicium oleh para sahabat dan meminta kepada Rasulullah supaya
perang kali ini juga dilakukan di luar kota Madinah seperti Perang Badar.
Sekumpulan
para sahabat yang tidak menyertai Perang Badar mengusulkan supaya tentera Islam
keluar dari Madinah dan baginda didesak supaya berbuat demikian.
"Wahai
Rasulullah, kami selalu memohon kepada Allah SWT dan mengharapkan agar
datangnya hari peperangan seperti ini.
"Sekarang
Allah telah mendatangkan perang ini kepada kita semua. Maka sewajarnya kita
keluar menuju kepada musuh kita sehingga mereka tidak melihat kita sebagai
golongan yang penakut," kata mereka.
Antara yang
sangat bersemangat untuk berperang di luar kota Madinah itu adalah bapa saudara
baginda sendiri, Hamzah bin Abdul Mutalib, yang sebelum ini begitu banyak
sumbangannya melalui pedangnya yang mengamuk semasa Perang Badar.
"Demi Yang
menurunkan al-Kitab (al-Quran) kepadamu wahai Muhammad, aku tidak akan menjamah
makanan melainkan setelah aku melibas kepala pihak musuh dengan pedangku ini di
luar Madinah," kata Hamzah.
Apabila
melihat ramai yang bersetuju supaya tentera Islam melawan pihak musuh di luar
Kota Madinah, akhirnya Rasulullah mengalah. Baginda memutuskan untuk mereka
bergerak dan akhirnya akan bertempur dengan pihak musuh di mana sahaja, asalkan
tidak di dalam Kota Madinah.
Setelah itu
baginda pun bangun mengimamkan solat Jumaat. Dalam khutbah Jumaat itu baginda
menyeru kepada umat Islam supaya bersiap sedia untuk menghadapi satu lagi
peperangan dengan pihak kafir Quraisy Mekah.
Kata baginda,
kemenangan pasti akan berpihak kepada pihak Islam jika mereka bersabar walaupun
sekali lagi jumlah tentera Quraisy adalah jauh lebih ramai berbanding tentera
Islam.
Namun ternyata
dengan jumlah yang sedikit, pihak Islam mampu menang sebagaimana yang berlaku
semasa Perang Badar.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz5e0jc7we3
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan