ARKIB : 30/07/2010
BANI Israel yang hidup di bawah
pemerintahan Firaun sedar dan tahu membezakan antara sesat dan benar. Mereka
juga mula percaya akan rasul Allah iaitu Nabi Musa yang datang memberi petunjuk
dan hidayah kepada mereka.
Mereka tidak lagi mentaati Firaun
sebaliknya mula mendekatkan diri kepada Nabi Musa. Firaun telah kekurangan
pengaruhnya.
Firaun mahu mengalahkan Nabi Musa
dan pengikut-pengikutnya dengan cara pembunuhan. Nabi Musa telah merancang
bersama pengikut-pengikutnya akan keluar dari Mesir pada suatu malam yang telah
ditetapkan.
Apabila tiba malam tersebut,
berkumpullah Nabi Musa dan kaum Bani Israel di sebuah tempat. Mereka berangkat
bersama-sama meninggalkan Mesir menuju ke tanah suci Palestin.
Mereka berangkat dengan
berhati-hati kerana tentera Firaun telah bersiap sedia untuk menghalangi
keberangkatan mereka. Mereka berjalan di atas gurun padang pasir yang kering
sehingga mereka tiba di pinggir laut yang luas.
Mereka tidak tahu bagaimana cara
untuk menyeberangi laut yang luas itu. Mereka takut dan masing-masing melihat
maut sedang menghampiri.
Firaun dan tenteranya semakin
hampir. Firaun akan memusnahkan Nabi Musa bersama pengikutnya. Sesungguhnya
mereka tidak mampu melawan Firaun dan tenteranya.
Pengikut-pengikut Nabi Musa mulai
marah dan geram terhadap Nabi Musa. Mereka mula mencela Nabi Musa dan berasa
kesal kerana mengikutnya.
Tiba-tiba terdengarlah teriakan
daripada pengikut Nabi Musa: Firaun sudah berada di belakang kita. Dia mahu
menangkap dan membunuh kita. Ke mana harus kita pergi? Apa yang harus kami
buat untuk menyelamatkan diri daripada dikejar oleh Firaun dan tenteranya?
Tidak, Firaun tidak akan berjaya
mengejar kita, sesungguhnya Tuhanku bersamaku dan Dia akan membimbingku. Tak
usahlah kamu semua khuatir, perjalanan kita ini telah diperintahkan oleh Allah
kepadaku. Dialah yang akan memberi jalan keluar serta menyelamatkan kita
daripada dikejar oleh Firaun yang zalim itu, Allah sentiasa membimbingku, kata
Nabi Musa kepada pengikutnya.
Pada saat yang genting itulah,
tiba-tiba Allah mewahyukan kepada Nabi Musa: Wahai Musa, pukullah tongkatmu
itu ke laut.
Dengan segera Nabi Musa memukul
laut itu dengan tongkatnya. Tiba-tiba terbentanglah di atas laut itu dua belas
lorong yang luas. Di pinggir jalan itu pula berdiri tembok air yang tebal.
Tembok itu tidak dapat ditembusi oleh panah atau peluru.
Mereka segera berlari dengan
cepat melalui jalan yang terbentang luas. Akhirnya mereka sampai di seberang
dengan selamat.
Inilah mukjizat Allah SWT yang
sangat besar diberikan kepada Nabi Musa
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz5bjxYnxSw
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan