ARKIB :
30/03/2011
SUSUNAN SITI
AINIZA KAMSARI
Bukan sedikit
kerugian yang terpaksa ditanggung oleh puak Quraisy Mekah akibat rombongan
dagang mereka yang diketuai Safwan bin Umayyah diserang hebat dalam misi
Sariyyah Zaid bin Harithah.
Serangan itu
menyebabkan hasil ekonomi mereka sekelip mata binasa. Maka api kemarahan puak
Quraisy terhadap Islam yang sedia ada menjadi bertambah marak bagai api
disimbah minyak.
Namun, perang
Uhud tercetus bukan disebabkan salah perhitungan oleh kepimpinan Rasulullah SAW
yang berjaya menyekat perjalanan kafilah dagang itu.
Ini kerana,
jika tidak ada misi Sariyyah Zaid bin Harithah itu pun, puak Quraisy memang
sudah merancang dengan teliti untuk melancarkan perang balas dendam terhadap
orang Islam.
Meraka telah
memukul canang dan gendang perang ke merata tempat bagi menyedarkan para
penyokong mereka.
Malah mereka
turut mempengaruhi puak-puak Arab lain di dalam dan luar kota Mekah termasuk
para penduduk Habsyah, Kinanah dan Tihamah agar sama-sama bersekongkol bagi
memerangi orang Islam di Madinah.
"Wahai
orang Arab, sesungguhnya Muhammad telah menyakiti kamu dan membunuh kalangan
para pemimpin ternama kamu. Maka tolonglah kami dengan harta benda untuk
memerangi Muhamad dan para pengikutnya.
"Mudah-mudahan
kita akan dapat membalas dendam terhadapnya," demikian kata para pemimpin
Arab Quraisy yang merancang perang terhadap umat Islam.
Mereka terdiri
daripada Ikrimah bin Abu Jahal, Safwan bin Umayyah, Abu Suffian bin Harb,
Abdullah bin Abi Rabiah dan beberapa orang lagi kalangan pemimpin Arab kafir
Quraisy yang aktif dan bersemangat.
Abu Sufian
sendiri mengalami kerugian besar dalam Perang Al Sawiq sebelum ini. Maka tidak
menghairankan beliau secara peribadi ingin membalas dendam.
Apabila
mendengarkan rayuan sedemikian, mereka sanggup menjual harta benda dan
menyerahkan 1,000 ekor unta serta mendermakan sehingga 50,000 dinar wang emas
untuk membiayai peperangan itu.
Dalam hal ini
Allah telah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya orang kafir yang selalu
membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka
mereka teap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan
penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah)
orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam. (al-Anfal:
36)
Pelbagai daya
digunakan bagi mendapatkan sokongan untuk memastikan mereka mendapat sokongan
sepenuhnya daripada masyarakat Arab yang pada lazimnya sangat terpengaruh
dengan pujuk rayu daripada para penyair.
Dalam hal ini
Safwan bin Umayyah berjaya memujuk seorang penyair terkenal bernama Abu Izzah
untuk membantu dalam kempen mendapatkan sokongan.
Abu Izzah
sebenarnya menjadi tawanan tentera Islam dalam Perang Badar sebelum ini.
Sambil
menangis ketika menjadi antara 70 tawanan tentera Quraisy, Abu Izzah
merayu-rayu kepada Rasulullah: "Wahai Muhammad, aku memiliki lima orang
anak perempuan yang tidak memiliki apa-apa. Bebaskanlah aku demi mereka."
Rasulullah
termakan pujuk Abu Izzah lalu dibebaskan penyair itu tanpa perlu membayar
apa-apa kecuali diminta berjanji supaya tidak lagi menentang Islam dengan apa
cara sekalipun. Apatah lagi atas kepakaran dan kepandaiannya dalam bersyair
itu.
SUMBERArtikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz5dupb1tb2
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan