ARKIB : 22/01/2008
22/01/2008 11:33pm
Metra Syahril Mohamed
Allahyarham Murad Mohd. Nor
KUALA LUMPUR 22 Jan. - Bekas
Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Murad Mohd. Nor, 77, meninggal dunia akibat
jangkitan paru-paru di Hospital Gleaneagles, Ampang, malam ini.
Anak sulungnya, Dr. Shanaz
Murad berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.10 malam.
Bapa saya meninggal dunia
akibat jangkitan paru-paru.
Jenazahnya akan dikebumikan
esok pagi di Tanah Perkuburan Islam Penaga, Kepala Batas, katanya ketika
dihubungi Utusan Malaysia di hospital itu di sini malam ini.
Allahyarham merupakan bekas
Pengarah Pendidikan dari 1976 hingga 1985 dan jawatan terakhirnya ialah Naib
Presiden Universiti Islam Antarabangsa dari 1992 hingga 1995.
Allahyarham berkelulusan Ijazah
Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dan Diploma dalam Pendidikan dari Universiti
Malaya.
Pada 1990, Allahyarham pernah
dianugerahkan Doktor Kehormat Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia.
Sementara itu, Ketua Pengarah
Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom ketika dihubungi menyifatkan pemergian
Allahyarham sebagai satu kehilangan besar terhadap dunia pendidikan negara.
Menurut beliau, ini kerana
Allahyarham dilihat sebagai individu yang banyak memperjuangkan dasar bagi
memartabatkan pendidikan negara.
Salah satu usaha Allahyarham
yang tidak boleh dilupakan adalah mengangkat kedudukan sekolah agama di negara
ini supaya sebaris dengan sekolah-sekolah lain yang terbaik di dunia,
jelasnya.
- Utusan
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm#ixzz4whEe8mK7
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan