Selasa, 10 Oktober 2017

ABDUL MUTALIB MELAKSANAKAN NAZAR MENYEMBELIH SALAH SEORANG ANAKNYA.



Abdul Muttalib mempunyai 10 orang anak lelaki dan enam orang anak perempuan. Antara anak-anak lelakinya adalah Abbas dan Hamzah.. Mereka orang yang masuk Islam  di kalangan anak-anak Abdul Muttalib..Kemudian Abu Talib, nama sebenarnya Abdul Manaf, Abu Lahab nama sebenarnya Abdul Uzza. Mereka berdua sempat bertemu Islam , tetapi tidak masuk Islam. Abdullah ayah Muhammad, Hijin, Dhirar, Muqaddam, Zubair dan Harith mati sebelum zaman Islam. Anak-anak perempuan pula ialah Sofiyah, Ummu Hakim, Atikah, Umaimah, Arwa dan Barrah.

      Apabila Abdul Muttalib tawaf di Kaabah di belakangnya diikuti oleh 10 orang anak lelaki yang gagah-gagah, dia bersyukur kepada tuhan dan sampailah masa untuk dia menunaikan nazarnya. Abdul Muttalib pergi berjumpa kahin seorang pendeta Kaabah, meminta membuat undi kepada anak-anaknya siapa yang bakal menjadi korban. Dalam hati Abdul Muttalib dia berharap tidak terkena kepada Abdullah. Tetapi undi terkena kepada Abdullah. Walaupun dengan hati yang berat dan hiba, Abdul Muttalib nekad melaksanakan nazarnya.[i]

      Akhirnya Abdullah dibawa dekat dengan Isaf untuk disembelih di situ. Apabila Quraisy nampak hal itu, mereka menahannya. Tetapi, Abdul Muttalib tetap berkeras dan menyebabkan berlaku kekecohan. Dalam kekecohan itu, berlaku tolak menolak antara Abdul Muttalib dan Quraisy dan mneyebabkan kepala Abdullah terluka.Quraisy memujk Abdul Muttalib supaya tidak menyembelih anaknya supaya tidak menjadi tradisi kepada Arab. Tetapi Abdul Muttalib sudah bernazar. Akhirnya dia merujuk kepada pendeta Suku Saad. Pendeta bertanya berapa ganti rugi kepada orang yang dibunuh bagi seorang lelaki merdeka kepada Quraisy.Mereka berkata 10 ekor unta betina. Akhirnya undian dibuat dan terkena kepada Abdullah, ditambah 10 ekor unta lagi.Begitulah sampai 100 ekor unta baru undi kena pada unta.Akhirnya, “Abdul Muttalib menyembelih 100 ekor unta sebagai ganti kepada anak kesayangannya Abdullah ayah Muhammad.[ii]



[i] Zulkifli Mohd. Yusoff  dan Noor Naemah Abd. Rahman, Biogrfai Muhammad bin Abdullah ( Batu Caves : PTS Islamika Sdn Bhd,2015), 23. 
[ii] Ibid,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan