Kemajuan pesat dalam bidang pertanian menyebabkan
lahir masyarakat agraria di negara Belanda pada abad ke-16 dan 17 Masihi.
Masyarakat agraria di Belanda tinggal di kawasan pedalaman termasuk kawasan pertanian
yang subur. Mereka melibatkan diri dalam kegiatan yang berasaskan kepada
aktiviti pertanian dan penternakan. Masyarakat agraria ini memberi keutamaan
kepada aktiviti bercucuk tanam, penternakan dan perikanan sebagai sumber
ekonomi mereka. Pada abad ke-16 dan 17, Belanda mengalami perubahan politik dan
ekonomi selepas berjaya melepaskan cengkaman pemerintahan Raja Philip II dari
Sepanyol. Perkembangan ini memperlihatkan bahawa kerajaan Belanda memainkan
peranan yang besar dalam perkembangan ekonomi sehingga masyarakat agraria yang
miskin berubah kepada masyarakat agraria yang maju pada abad ke-17. Walau
bagaimanapun, selain daripada kegiatan ekonomi terdapat ciri-ciri asas lain
mempengaruhi pembentukan masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 dan
ke-17 Masahi.
Kegiatan ekonomi
Pada abad ke-16, masyarakat agrarian di utara
Belanda mengusahakan ekonomi utama dalam bidang pertanian dan perikanan.
Aktiviti pertanian meliputi penanaman pelbagai jenis tanaman sayur-sayuran
seperti bawang, ketumbar, lobak dan teasel serta bijirin seperti barli, gandum
dan oat. Masyarakat petani ini mengusahakan pertanian secara kecil-kecilan
untuk dijual di pasar tempatan dan dipasarkan ke bandar lain di Belanda.
Menjelang akhir abad ke-16, petani Belanda menghasilkan gandum antara 1150
kilogram hingga 1900 kilogram bagi setiap hektar. Selain itu, tanaman seperti
kobis, kekacang dan bunga-bungaan turut diusahakan. Tanaman jagung pula
dusahakan di Amsterdam. Hasil pertanian ini telah dieksport ke luar negara.
Tanaman dagang seperti hem, biji kol dan mader juga diusahakan di Zeeland dan
Bogaurden. Masyarakat Belanda juga menanam bunga secara meluas pada abad ke-17
seperti bunga tulip dan hop yang di tanam di sepanjang Sungai Maas berikutan
permintaan yang tinggi di pasaran. Masyarakat Belanda juga menternak binatang
secara meluas seperti lembu dan kambing di kawasan Friesland untuk daging dan
hasil tenusu. Industri perikanan juga penting di Belanda dan dianggarkan satu
per lima penduduk terlibat selain industri pembinaan kapal.
Petempatan
Petempatan masyarakat agraria Belanda banyak
terletak di kawasan lembah sungai yang subur dan menjadi tumpuan. Kawasan
pinggir pantai juga mempunyai mendapan tanah lanar yang subur dan menjadi
petempatan masyarakat agraria Belanda. Antara kawasan petempatan tersebut ialah
Friesland, Zeeland dan Utretch. Sebahagian besar negara Belanda berada di bawah
paras laut. Disebabkan berlakunya pertambahan penduduk dan keperluan terhadap
bahan makanan, pihak kerajaan telah bertindak menambak tanah laut untk dijadikan
kawasan pertanian. Menjelang 1680, tanah seluas 127 ribu hektar ditebus guna.
Abad ke-17 menunjukkan pertambahan tanah pertanian dan petempatan kepada 36
ribu ekar sekitar tahun 1590 hingga 1615 yang membawa kepada peningkatan hasil
pertanian. Antara kawasan yang terletak di kawasan yang ditambak dan ditebus
guna ialah Pulau Zuid-Beveland, Middlezee, oud-Beijerland dan New-Beijerland.
Di Pulau Zuid-Beveland, usaha menebus tanah diperluas hingga menjadi 5500
hektar.
Kemahiran Pengairan dan Kesuburan
Tanah
Masyarakat Agraria Belanda membina terusan, kolam,
takungan air dan tali air bagi mengairi kawasan pertanian. Masyarakat Belanda
juga mendirikan kincir angin bagi membolehkan air yang berlebihan dari kawasan
tanah rendah dialirkan kewasan pertanian.masyarakat Belanda juga mempunyai
kemahiran tinggi dalam memelihara kesuburan tanah bagi menjamin produktiviti.
Pelbagai aktiviti dijalankan seperti memugarkan tanah pertanian dan menggunakan
baja asli yang terdiri daripada najis ternakan untuk mengekalkan kesuburan.
Mereka mempunyai bekalan baja asli yang mencukupi dari kawasan penternakan
lembu. Petani Belanda mengamalkan sistem pertanian padang terbuka. Dalam sistem
ini, tanah pertanian dibahagikan kepada tiga bidang iaitu dalam setiap bidang
terdapat jalur-jalur yang dibahagikan secara memanjang untuk diusahakan. Dalam
setiap musim, petani hanya mengusahakan dua daripada tiga bidang tersebut, satu
lagi bidang dibiarkan sebagai tanah rang bertujuan untuk memulihkan kembali
kesuburan tanah sebelum diusahakan pada musim yang berikutnya dan najis
binatang ternakan menjadi baja untuk menyuburkan tanah apabila digunakan untuk
aktiviti penternakan.
Kaedah Pertanian
Masyarakat agrarian Belanda juga ada kemahiran dalam
memperkenalkan pelbagai kaedah pertanian. Petani-petani Belanda merupakan
perintis dalam memperkenalkan sistem penggiliran tanaman. Dengan mengamalkan
sistem ini, sistem tanah rang dapat dimansuhkan. Sistem penggiliran tanaman
melibatkan penanaman pelbagai tanaman mengikut musim seperti tanaman sengkuang
dan kekacang berselang dengan tanaman bijirin Selain sistem ini, sistem batas
juga diperkanalkan. Sistem menanam dengan membuat batas memudahkan saliran.
Kedudukan batas juga diubah setiap tahun supaya tanaman tumbuh dengan subur dan
mengekalkan kesuburan tanah. Sistem ini menggalakkan penanaman dalam jajaran.
Satu lagi sistem penanaman yang diperkenalkan ialah penanaman deretan. Antara
tanaman yang ditanam secara deretan ialah jagung, madder, hop, dan cole.
Penanaman di atas alur yang dibuat menyebabkan kemunculan amalan sistem
deretan. Pertambahan produktiviti dalam pertanian telah menambahkan bekalan
makanan antara tahun 1550 hingga 1650. Penduduk Belanda juga mnencapai dua juta
orang.
Kemajuan Teknologi Pertanian
Masyarakat Belanda juga mencapai kemajuan dalam
teknologi pertanian. Mereka mencipta pelbagai jenis peralatan untuk kegunaan
pertanian secara skala besar. Sebagai contoh, penciptaan tugal dan tenggala
beroda adalah untuk memugar dan membajak tanah pertanian.Terdapat juga mesin
untuk menampi bijirin. Selain itu, mereka juga melakukan aktiviti penambakan
tanah laut untuk dijadikan kawasan pertanian dengan mengeringkan kawasan
tambakan laut menggunakan kincir angin dan daik seperti yang berjaya dijalankan
oleh Jan Adriaanszoon pada tahun 1600-an. Menjelang abad ke-17, 49% wilayah
Zeeland ditebus guna untuk pertanian. Pada tahun 1612, Tasik Beemster telah
berjaya dikeringkan membentuk sebuah dataran baharu yang dikenali sebagai
Beemster Polder. Terdapat kajian pertanian seperti kajian penanaman rumput jenis
Clover, Lucerne dan Burnet untuk ternakan pada tanah-tanah rang.
Kesimpulan
Kesimpulannya, masyarakat agraria di Belanda
menjalankan ekonomi berasaskan pertanian, penternakan, industri swasta dan
pertanian. Perkembangan ekonomi pertanian telah membawa kepada kemunculan
ekonomi perdagangan di Belanda menjelang abad ke-18 dan menjadi inspirasi
kepada masyarakat petani di negera-negara lain di Eropah.
sumber-
JPN
PAHANG
SKEMA PERCUBAAN STPM P1
940
Tiada ulasan:
Catat Ulasan