·
Menjelang abad ke-18, muncul zaman yang
dikenali sebagai Enlightenment atau Zaman Pencerahan.
·
Zaman ini menyaksikan kemunculan gerakan
intelektual yang dipelopori oleh pemikir-pemikir dalam bidang politik, ekonomi
dan social, contohnya John Locke, Voltaire, Montesquieu dan Adam Smith.
·
Revolusi Sains adalah faktor penting
bagi kemunculan era enlightenment namun terdapat beberapa faktor lain yang turut
mendorong perkembangan gerakan tersebut di Eropah.
1. Revolusi
Sains
·
Revolusi sains menyebabkan penekanan
terhadap ilmu dan akal yang membawa kepada kemunculan idea-idea baharu serta
penyelidikan bercorak saintifik.
·
Kemajuan dalam bidang sains menyebabkab
perubahan daripada kepercayaan karut dan mitos kepada kuasa akal dan sains.
·
Revolusi sains telah melahirkan ramai
tokoh saintis yang terkenal seperti francis Bacon, Spinoza, John Locke dan
Isaac Newton. Idea2 mereka tersebar luas dan menjadi ciri-ciri dominan tamadun
Eropah mulai abad ke-17.
2. Pengaruh
Renaisans
·
Gerakan Renaisans telah melahirkan
semangat ingin tahu dan pemikiran kritikal dalam kalangan masyarakat. Hasilnya
berlaku kemajuan yang pesat dalam ilmu pengetahuan, sains, seni lukis, seni
bina dan sebagainya.
·
Perkembangan ini melahirkan masyarakat
yang bersedia untuk menghadapi perubahan yang lebih besar.
3. Pengaruh
reformasi
·
Gerakan reformasi turut memainkan
peranan dalam perkembangan gerakan intelektual di Eropah.
·
Gerakan ini menyebabkan wujud institusi
yang mempunyai kuasa autonomi dan bebas daripada pengaruh gereja. Hal ini
membolehkan idea baru seperti rasionalisme berkembang sekaligus meletakkan asas
bagi kelahiran revolusi di Eropah.
4. Pengaruh
ahli falsafah.
·
Golongan ahli falsafah turut memainkan
peranan dalam perkembangan gerakan intelektual di Eropah.
·
Golongan ini terdedah kapada pemikiran
kritis dan memiliki semangat ingin tahu yang kuat. Mereka member penekanan
kepada pemikiran yang bersifat rasionalistik dan saintifik.
·
Perkembangan ini menyebabkan lahir
pemikir-pemikir dalam pelbagai bidang ilmu.
5. Penerokaan
dan Penjelajahan
·
Kegiatan ini menyebabkan lahir keinginan
yang kuat dalam kalangan orang Eropah untuk memperolehi idea dan maklumat
tentang bangsa dan budaya lain.
·
Perkembangan ini melahirkan corak
pemikiran baharu yang berasaskan empiris dan sebab musabab.
6. Peranan
kelas pertengahan
·
Golongan terpelajar dari kelas
pertengahan mula meninggalkan tabiat lama yang tidak sesuai dengan zaman
baharu.
·
Mereka terdedah dengan perkembanagn
semasa melalui suratkhabar dan majalah.
·
Perkembangan ini menyebabkan permintaan
yang tinggi terhadap kamus, ensiklopedia dan karya pelbagai disiplin ilmu
pengetahuan.
Kesimpulan
·
Perkembangan ini menjadikan Eropah
sebagai sebuah tempat yang penuh dengan idea-idea baharu sekaligus menjadi asas
bagi perkembangan Gerakan Intelektual di Eropah pada abad ke-18. Kelahiran
tokoh juga telah menyumbang kepada perkembangan pelbagai bidang ilmu di Eropah.
SUMBER-
JPN PAHANG
SKEMA PERCUBAAN STPM P1
940/1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan