Selasa, 17 Oktober 2017

SOALAN 2 JELASKAN DASAR YANG DILAKSANAKAN RAJA LOUIS XIV (1643-1715) UNTUK MENGUKUHKAN KEDUDUKANNYA SEBAGAI SEBAGAI RAJA BERKUASA MUTLAK DI PERANCIS.

Pengenalan
·         Raja Louis XlV dilantik menjadi pemerintah Perancis pada 1643. Beliau terkenal dengan gelaran “Grand Monarch”. Raja Louis telah memerintah selama 72 tahun dan menjalankan pemerintahan secara berkuasa mutlak.
·         Baginda telah menjalankan dasar pembaharuan dalam dasar negara sehingga Perancis muncul sebagai kuasa yang kuat pada masa itu.
·         Dasar Raja Louis XIV dalam bidang ekonomi, ketenteraan, agama dan luar negara telah berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai Raja berkuasa mutlak di Perancis.
Tindakan Raja Louis mengukuhkan kedudukannya

1.      Mengukuhkan dasar dalam negara
·         Menyusun semula pentadbiran negara. Di peringkat pusat, diperkenalkan empat majlis utama iaitu Majlis Negara, Majlis Despatches, Majlis Kewangan dan Majlis Privy. Antara peranan empat majlis tersebut adalah;
Majlis Negara – menguruskan hal ehwal luar negara
Majlis Despatches – menguruskan semua hal ehwal tempatan kecuali kewangan
Majlis Kewangan- Percukaian, tarif, perbelanjaan dan pendapatan Negara
Majlis Privy – menguruskan pentadbiran keadilan
·         Di peringkat pusat baginda melantik menteri-menteri yang berkebolehan untuk menjalankan pentadbiran seperti Colbert (Menteri Kewangan), Louvois (Menteri Peperangan), dan Vauban (Menteri Ketenteraan). Di peringkat Provinci pula, baginda telah mendapatkan khidmat daripada pegawai-pegawai yang berkebolehan bagi melaksanakan dasar-dasar diraja
·         Melalui dasar-dasar Colbert, Perancis menjadi negara industri dan kuasa ketenteraan yang kuat di Eropah. Zaman Raja Louis XlV dianggap zaman keemasan bagi kesusasteraan Perancis dengan lahirnya tokoh-tokoh seni tersohor seperti Racine dan Moliere.
·         Dasar dalam negara Raja Louis ini telah Berjaya mengukuhkan kekuasaan monarki mutlak di Perancis sehingga 1715.
2. Mengukuhkan bidang ketenteraan
·         Menghapuskan dominasi golongan bangsawan dalam bidang ketenteraan dan        meletakkan angkatan tentera di bawah kawalan baginda.
·         Melantik pegawai-pegawai berasaskan merit. Bagi menarik kesetiaan golongan  tentera, baginda bertindak merekrut anggota tentera dan menyediakan kemudahan seperti perumahan dan bekalan makanan
·         Kesannya Perancis muncul pasukan tentera terkuat di Eropah pada masa itu dan kedudukan raja semakin kukuh.
3.      Mengukuhkan dasar luar negara
·         Raja Louis XlV telah melancarkan dasar perluasan kuasa dan berjaya meluasakan   kuasa Perancis sehingga ke sempadan Sg Rhine
·         Baginda menguasai wilayah-wilayah yang diperintah oleh Putera-putera Jerman, Negara Spanish,Netherlands dan United Province
·         Usaha raja Louis ini telah meningkatkan kekuatan dan sokongan rakyat terhadap pemerintahan beraja mutlak di Perancis.
4.      Mengukuhkan bidang ekonomi
·         Raja Louis XlV melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme bagi mengukuhkan negaranya.
·         Antara pembaharuan belaiu melalui Colbert ialah memulakan industri baharu, memansuhkan tarif tempatan, mengurangkan kadar bunga ke atas hutang kerajaan, mengawal upah dan mengawal harga barangan.
·         Colbert telah membina gudang senjata Toulan, mengadakan perhentian dagang di India, Senegal dan Madagascar bagi menggalakkan perdagangan luar
·         Baginda juga mengenakan pelbagai sekatan bagi meningkatkan industri tempatan seperti mengenakan bayaran tarif yang tinggi kepada kapal asing yang menggunakan pelabuhan Perancis dan memberikan bantuan kewangan kepada industri perkapalan Perancis yang menjalankan perdagangan.

5.      Mengukuhkan bidang keagamaan
·         Raja Louis XlV memaksa golongan bukan katolik (Huguenot) menerima agama Katolik
·         Pada tahun 1685, baginda telah membatalkan Edict of Nante yang member kebebasan beragama kepada golongan Huguenot. Kesanya ialah seramai 200 000 orang Huguenot meninggalkan Perancis
·         Langkah Raja Louis ini telah mendapat sokongan daripada rakyat dan seterusnya mengukuhkan kedudukan monarki mutlak di Perancis.

6. Mengukuhkan kedudukan dalam bidang perundangan
·         Semasa pemerintahannya, beliau melaksanakan pemerintahanraja berkuasa mutlak di Perancis, Raja berkuasa untuk menggubal dan membatalkan undang-undang.
·         Segala titah perintah raja dianggap sebagai undang-undang dan raja dikatakan mempunyai imuniti dari segi perundangan. Justeru, mengukuhkan kedudukannya sebagai raja berkuasa mutlak di Perancis.

Kesimpulan
·         Raja Louis XlV telah berjaya mengukuhkan kedudukan beliau dengan melakukan pelbagai dasar pembaharuan.
·         Kesannya, Perancis muncul sebagai sebuah negara yang kuat dan berpengaruh di Eropah. 
sumber-
JPN PAHANG SKEMA PERCUBAAN STPM P1 940/1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan