Isnin, 28 November 2016

FOKUS STPM P2 U 2016-SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Latar belakang Al-Khawarizmi
     Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi. Selain dipanggil al-Khawaizmi, beliau terkenal juga dengan gelaran Abu Abdullah. Namun di Barat, Al-Khawarizmi dikenali sebagai al-Cowarizmi, al-Ahawizmi al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lain.Beliau dilahirkan pada tahun 780M di daerah Khawarizmi yang sekarang dikenali sebagai Khiwa. Ibu bapa beliau berhijrah ke sebuah kawasan di Selatan Baghdad. Beliau meninggal dunia pada tahun 840 Masihi.[1]

     Kepakaran beliau dalam ilmu matematik diiktiraf oleh pemerintah Abbasiyah iaitu Khalifah Harun al-Rashid yang melantiknya sebagai pakar matematik dan ahli akademik matematik di Baitul Hikmah. Khalifah al-Makmum melantik belaiu sebagai pengarah arkib di perpustakaan istana. Al-Khawarizmi mengemaskini sistem perpustakaan dengan menambah indeks buku-buku di perpustakaan tersebut di Baitul Hikmah. Beliau turut bertugas mengetuai dan mengawasi kerja penterjemahan buku-buku Matematik daldm bahasa Yunani yang diperoleh daripada kerajaan Byzantine.Al-Khawarizmi seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik,kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.[2]

 Sumbangan al-Khawarizmi :
a. Matematik:
      Memperkenalkan sistem nombor India (kini dikenali angka Arab) yang digunakan sehingga kini iaitu 0 hingga 9.Angka-angka tersebut menggunakan simbol-simbol yang mewakili nilai-nilai tertentu.
      Beliau memperkenalkaan beberapa proses pengiraan termasuk operasi dan pecahan.Tokoh pertama yang memperkenalkan algebra danmatematik. Antara cabang matematik yang diperkenalkan beliau seperti geometri, algebra, aritmetik dan lain-lain.

      Memperkenalkan penggunaan angka dalam karyanya DeNumero Indorum yang berkaitan dengan aritmetik. Beliau menerangkan tentang angka sifar. Dengan adanya angka sifar, operasi tambah, tolak, darab, bahagi, kuasa, log, kosinus dan lain-lain dapat diselesaikan dengan mudah,malah membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang dengan lebih pesat.Angka sifar yang diperkenalkan olehnya dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan cifre,chiffre danzero. Melalui angka sifar akan terbitkan nombor yang mencapai infiniti.

     Sistem angka juga dapat dikaitkan dengan bidang lain termasuk astronomi yang membolehkan meramal gerhana,menentukan planet-planet atau planet-palent dan lain-lain.

      Dalam konsep algebra (aljabar - ilmu persamaan), alKhawarizmi memperkenalkan kaedah penyelesaian tersusun dan sistematik sehingga digelar Bapa Ilmu Algebra. Karya algebra beliau - Hisab al-Jabal wa al-Muqabalah.Buku beliau yang memperkenalkan kaedah arimetik al-Jabar telah diterjemahkan dalam bahasa Latin dan menjadi rujukan di universiti-universiti Eropah sejak abad ke 12 hingga 16M.

      Beliau orang pertama yang mengajar algebra dalam bentuk mudah dan menyelesaikan banyak permasalahan seperti pewarisan, pembahagian harta pusaka dan perniagaan melalui karyanya.

      Al-Khawarizmi telah membangunkan bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segi tiga yang mengandungi fungsi sin.Beliau menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang membantunya menguasai konsep perbezaan.Karya beliau yang lain - Kitab al-Jam'a bil Hisab al-Hindiberkaitan dengan konsep aritmetik.

Geografi :
      Al-Khawarizmi telah membetulkan pandangan Ptolemy mengenai geografi termasuk dalam melakar peta dunia.Beliau adalah saintis pertama melakar peta dunia pada tahun 830M.Menghasilkan karya geografi - Kitab Surat al-Ard. Kitab ini telah diterjemahkan bersama petanya ke dalam bahasa lain.

Menulis tentang takwim Yahudi yang berjudul Istikhraj Tarikh al-Yahudi.
c. Astronomi:
      Pembangunan ilmu kaji bintang dan ilmu falak oleh AlKhawarizmi memberi sumbangan besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi.
Hasil kerjaya beliau turut meliputi kerja-kerja berkaitan dengan jam, alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta alat kaji bintang.

      Beliau banyak menghasilkankarya astronomi dan diterjemahkan ke pelabagai bahasa asing. Antaranya Kitab al-Tarikh dan Kitab al-Rukhmat (buku berkenaan alat yang menunjukkan waktu dengan baay arragan matahari).Khalifah al-Makmum telah melantik al-Khawaizmi sebagai penasihat astronomi dan bertugas di balai cerap yang didirikan oleh baginda di Baghdad.[3]





[1] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 284.
[2] “Sumbangan tokoh” , dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 2, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),73.
[3] Ibid,82.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan