Ahad, 20 November 2016

Fokus STPM P1 2016 Perdagangan dan perniagaan di Portugal

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Latar belakang Portugal.
Pada abad ke-15 dan ke-16, Portugal berubah ke status kuasa dunia semasa Zaman penerokaan di Eropah kerana berjaya membina empaya besar di Amerika Selatan, Afrika, Asia dan Australia. Kejayaan pelayar-pelayar Portugal membangunkan empaya perdagangan disebabkan oleh pencapian mereka dalam ekspedisi maritim. Portugal adalah kuasa Barat yang paling aktif dalam kegiatan penjajahan dan perdagangan di Timur pada abad ke-16[1]
Portugal merupakan penjelajah dan pelayar ulung yang merintis jalan ke Timur.
Faktor perkembangan penjelajahan orang Portugal pada abad ke-16
1.Peranan Putera Henry
Menubuhkan Akademik Laut
Memberi galakan kepada pelayar Portugal.
Putera Henry telah menghantar kapten-kapten untuk melaksanakan  misi perdagangan hamba dan perdagangan ini telah mendatangkan keuntungan. Hasilnya menjelang tahun 1460, Portugis berjaya menguasai rangkaian pelabuhan dari Madeira ke Cape Verde.[2] 
2.Peranan pemerintah Portugal.
Memberi peluang kepada rakyat Portugal menerokai bidang perkapalan dan pelayaran.
Kekuasaan raja-raja Portugal turut membantu perkembangan perdagangan dan perniagaan pada abad ke-16 berbanding negara-negara Eropah yang lain. Sejarah membuktikan bahawa raja-raja Portugal  dari Dinasti Avis (1383-1577) telah melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber dan memberi galakan kepada rakyat Portugal untuk meneroka bidang perdagangan dan perkapalan. Sumbangan pemimpin Portugal inimenyebabkan berlakunya perkembangan pesat dalam penjelajahan dan penerokaan.[3]
3.Kesan Perang Salib
Perang Salib turut membantu perkembangan penjelajahan dan penerokaan Portugal.Ekoran Perang Salib, Paus merestui usaha membanteras kekuasaan sepenuhnya Semenanjung Iberia. Keadaan ini melahirkan masyarakat Eropah yang berfikiran terbuka , mempunyai cara pemikiran yang baharu, gaya hidup yang suka bersiar-siar dan belayar. Penaklukan wilayah Islam menyebabkan ilmu pelayaran Islam sampai kepada masyarakat Eropah dan membantu mereka menjelajah dunia luar.[4]
4.Penemuan baharu/teknologi baharu.
Penemuan baharu dan teknologi baru membawa kepada kegiatan pelayaran seperti peta dan kompas. reka bentuk kapal dan sebagainya mendorong kepada penerokaan dan penjelajahan. Dalam pembinaan kapal orang Portugal mempunyai kemahiran membina kapal jenis Caravel seberat 2000 tan. Kapal-kapal ini kuat dan mempunyai keupayaan mengharungi lautan luas.
5.Kemunculan tokoh pelayar Portugal.
Kemunculan tokoh pelayaran Portugal yang terulung iaitu Diego Cam dan Batholomew Diaz. Diago Cam berjaya belayar sejauh 1400 batu sepanjang Pantai Barat Afrika antara tahun 1482 hingga tahun 1484. Pada tahun 1487, Bartholomew Diaz telah memulakan pelayaran dengan tiga buah kapal dan mengelilingi Tanjung Pengharapan. Vasco Da Gama pula melancarkan ekspedisi ke imur dengan empat buah kapal seberat 12o tan dan 180 orang pelaut. Pada tahun 1497, Vasco Da Gama berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan dan belayar ke Timur  sepanjang Pantai Timur Afrika  hingga ke Malindi. Kejayaan Vasco da Gama menyebabkan banyak kapal Portugis belayar ke Timur untuk memperolehi lada hitam, sutera, batu permata dan rempah-ratus.[5]

      Pada tahun 1505, Alfonso de Albuquerque dilantik sebagai Wizurai. Beliau telah menjadikan Goa sebagai pusat pentadbiran. Dari Goa,Portugal meneruskan gerakan ke Asia Tenggara yang terkenal sebagai pusat pengeluaran rempah-ratus. Misi perdagangan ini diketuai oleh Lopez de Sequeira yang tiba di Melaka pada tahun 1509.Pada bad ke-16 perdagangan rempah dari Timur yamg menguntungkan telah berjaya dikuasai oleh Portugal. Portugal mula mengusai jalan laut apabila menubuhkan laluan pusingan di Tanjung Pengharapan. Laluan baharu ini diperkukuhkan  lagi oleh aktiviti Alfonso de Albuquerque yang mengambil tugas sebagai wizurai Portugal di India pada tahun 1511.[6]
Kesan perkembangan penjelajahan Portugal;
Perluasan pengaruh dan empayar
Perluasan hubungan antarabangsa.
Kepesatan perdagangan
Wujudnya rantaian pelabuhan di Goa dan Melaka.
Berjaya memonopoli perdagangan rempah di Kepulauan Rempah.[2]

 [2]“Kemajuan dan Pembangunan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 115 .  



[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),227.
[2] Mahdi Shuid,Sazlina Othman Anjurum Begum Ahamed, Pra U Teks Sejarah STPM Penggal 1,(Bandar Baru Bangi: Penebitan Pelangi Sdn Bhd,2012),191.
[3]Ibid,191.
[4]Mahdi Shuid,Sazlina Othman Anjurum Begum Ahamed, Pra U Teks Sejarah STPM Penggal 1,(Bandar Baru Bangi: Penebitan Pelangi Sdn Bhd,2014),192.
[5] Ibid,192.
[6] Mahdi Shuid,Sazlina Othman Anjurum Begum Ahamed, Pra U Teks Sejarah STPM Penggal 1,(Bandar Baru Bangi: Penebitan Pelangi Sdn Bhd,2012),193.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan