23 November 2016 12:13 AM
MOHD. FAIZ SUBRI berpeluang
berkongsi pentas bersama pemain terbaik dunia jika jaringannya memenangi
anugerah Puskas FIFA 2016.
YANGON 22 Nov. – Persatuan Bola
Sepak Malayia (FAM) hari ini melancarkan kempen menggalakkan peminat tempatan
memberi sokongan kepada Mohd. Faiz Subri selepas jaringan cantiknya tersenarai
dalam 10 calon akhir anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
(FIFA).
Pencalonan gol Faiz yang
diumumkan FIFA semalam sudahpun menempa sejarah bola sepak tanahair, namun FAM
berharap sejarah itu akan menjadi lebih gemilang dengan menyeru rakyat mengundi
gol pemain tengah Pulau Pinang itu.
“Saya beritahu Faiz yang kami
akan melancarkan kempen untuk mengundi dia bagi anugerah Puskas di laman
sosial.
“Kami melancarkan kempen dalam
Twitter, Facebook dan laman web FAM, harap peminat bola sepak negara sahut
kempen ini dengan mengundinya,” kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd.
Amin.
Kata Hamidin lagi, FAM juga
akan memberi penghargaan khas kepada Faiz jika jaringannya memenangi anugerah
Puskas, yang bakal disampaikan dalam majlis Ballon d’Or di London pada 9
Januari, 2017.
Pada 16 Februari lalu, Faiz,
meledak gol yang memukau menerusi sepakan bebas selepas tendangannya dari jarak
30 meter melambung, melencong sebelum menerjah gawang.
Sementara itu Faiz, 28,
berkata, dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi anugerah,
sebaliknya menganggap kejayaan menempatkan diri dalam 10 calon akhir satu
pencapaian.
“Gol itu meletakkan nama
Malaysia di peringkat antarabangsa dan saya amat bangga,” katanya.
sumber- See more at:
https://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/ayuh-undi-faiz-subri-1.410921#sthash.ntgDbFpY.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan