Selasa, 4 April 2017

SUMBANGAN DIHARGAI.



ARKIB : 17/08/2003
..
ABDULLAH menyampaikan buku premium ASB kepada Abdul Malik sambil diperhatian Tsu Koon (kiri) dan Ismail dalam satu majlis di Jawi, Nibong Tebal, semalam. - Gambar Bernama.

Kecemerlangan perenang maraton negara, Abdul Malik Mydin menjadi rakyat Malaysia dan Asia Tenggara pertama menakluk Selat Inggeris telah mendapat perhatian ramai.

Begitu juga dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang turut menyerahkan Abdul Malik buku premium Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM20,000 sebagai mengenang jasa beliau mengharumkan nama negara dan negeri kelahirannya, Pulau Pinang.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu jamuan di Jawi, Nibong Tebal, semalam. Turut hadir ialah Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Yang Dipertua MPSP, Datuk Ismail Mamat.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0817&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4dHJOYknX
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan