ARKIB : 05/06/2004
Beliau berkata, rumusan itu dibuat berdasarkan penemuan sejenis fosil hidupan laut dipercayai berusia 370 juta tahun di sekitar Kampung Guar Jentik, dekat sini, baru-baru ini.
Katanya, fosil yang dinamakan crinoid itu ditemui di antara 30 hingga 40 ekor di kawasan berbukit batu kapur di kampung itu.
Menurutnya, hidupan tersebut kini tidak lagi wujud di dunia.
Chai Peng memberitahu penemuan itu kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Tahunan Geologi Malaysia di sini hari ini.
Menurut Chai Peng, crinoid yang ditemui itu dianggap paling tua pernah dijumpai di negara ini. Crinoid itu, katanya, dipercayai hidup pada zaman Paleozoik sebelum era dinosaur.
``Crinoid yang sebesar bola sepak, hidup terapung seperti teratai di permukaan air masin dengan memakan serangga dan plankton,'' katanya.
Chai Peng berkata, crinoid mempunyai bebola terapung di permukaan manakala badan dan lengan yang berbentuk seperti penapis terjuntai di bawah permukaan air.
Beliau memberitahu, kajian mendalam masih lagi dijalankan oleh persatuan itu untuk mendapatkan penemuan baru berhubung fosil-fosil unik lain yang mungkin wujud di kawasan itu suatu ketika dahulu.
``Hidupan ini dianggap unik kerana belum ada lagi penemuan crinoid di mana-mana tempat di negara ini kecuali di Langkawi, empat tahun lalu,'' jelasnya.
Menurut beliau, apabila berlaku perubahan pada muka bumi berjuta-juta tahun yang lampau, crinoid yang mati jatuh ke dasar laut sebelum diliputi oleh pasir dan lumpur.
Pihaknya turut menemui fosil-fosil cengkerang berusia empat juta tahun di sebuah kuari di Utan Aji dekat sini.
Menurutnya, fosil-fosil cengkerang yang ditemui itu dikatakan mempunyai persamaan dengan penemuan di Australia dan Thailand.
``Penemuan ini memberi sedikit sebanyak gambaran terutama dari segi usia Semenanjung Malaysia,'' katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan