Selasa, 4 April 2017

SEJARAH --Khalifah Harun Ar-Rasyid meninggal dunia



ARKIB : 19/08/2003
(Jamadilakhir)

Khalifah dalam kerajaan Abbasiyah, Khalifah Harun Ar-Rasyid telah menjadi pemerintah kerajaan Abbasiyah selama 23 tahun secara berturut-turut. Zaman pemerintahan beliau dianggap sebagai kemuncak zaman kegemilangan kerajaan Al-Abbasiyah.

Kegemilangan kerajaan beliau telah berkembang ke seluruh kawasan sehinggalah Baghdad muncul sebagai sebuah bandar yang paling menonjol di dunia ini.

Harun Ar-Rasyid meninggal dunia pada 3 Jamadilakhir tahun 193 Hijrah selepas beliau melantik anaknya yang bernama Al-Amin supaya menggantikannya menjalankan pemerintahan di Baghdad.

Pada waktu yang sama beliau juga melantik anaknya, Al-Makmun untuk menggantikan beliau memimpin bahagian ketenteraan, kewangan, persenjataan dan harta kemewahan.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz4dHNQ6T5C
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan