OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pengertian Jihad
Kamus Dewan mentakrifkan jihad ialah suatu peperangan yang suci melawan orang-orang kafir kerana mempertahankan agama Islam atau perang sabil dan penentangan atau perlawanan terhadap anasir-anasir yang hendak merosakkan agama Islam.[1]
Dari segi bahasa jihad bererti kesulitan atau beban atau kesungguhan dan keupayaan terakhir.Perkataan al-Jahdu dan al-Jihad menurut pengertian bahasa Arab adalah pengerahan segenap tenaga manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan atau menolak sesuatu yang dibenci.
Menurut istilah syarak pula, makna jihad ialah perang dan membantu semua persiapan perang. Setiap mazhab mempunyai pandangan yang berbeza tentang jihad.Misalnya, Mazhab Hanafi mentakrifkan jihad sebagai mengajak orang kafir ke dalam pelukan Din al- Haq dan memerangi mereka jika mereka menolak. Menurut pandangan Mazhab Hanafi pula,jihad adalah mengerahkan segala kemampuan dan tenaga dengan melakukan perkara perang fi sabilillah baik dengan diri, harta,mahupun lidah.
Sementara Mazhab Syafie pula menjelaskan jihad sebagai berperang dijalan Allah SWT dan mengerahkan segala kemampuan untuk memerangi orang-orang kafir. Oleh itu, dengan erti kata yang luas, jihad bolehlah dimaksudkan sebagai berjuang menegakkan kebenaran melalui cara yang diredai-Nya, diistilahkan juga sebagai fi sabililIah.[2]
PERANAN JIHAD ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW
a) Jihad nyawa dan tenaga
Jihad nyawa dan tenaga merupakan jihad yang paling utama, iaitu melalui pengorbanan jiwa dan raga.Lazimnya jihad sebegini ialah jihad di medan perang dan mereka yang terkorban diistilahkan sebagai syahid.Contohnya, Saidina Hamzah telah gugur atau syahid di medan Perang Uhud.
b) Jihad mempertahankan kebenaran
Umat Islam juga digalakkan menentang kemungkaran dan kezaliman dalam sesebuah pemerintahan.Oleh sebab itu, segala kebatilan yang terdapat dalam masyarakat mestilah ditentang sama ada melalui perbuatan, perkataan ataupun dengan hati.Terdapat dalil daripada al-Quran yang menggesa umat manusia melakukan kebaikan, iaitu surah al-Baqarah ayat l12,"Tidak, barang siapa yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada jalan Allah dan dia berbuat baik akan mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati'.
c Mempertahankan kesucian agama daripada tindakan musuh Isam
Peranan jihad juga untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada tindakan musuh. Contohnya golongan al-Riddah. Golongan ini perlu diperangi untuk mempertahankan kedudukan Islam.Ada yang dihapuskan dan ada yang kembali ke jalan Allah. SMT.[4]
d) Jihad menentang golongan munafik
Jihad dalam kategori ini bermaksud menentang golongan yang berselindung di sebalik nama Islam.Terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan berkenaan golongan munafik ini. Misalnya, dalam surah ol-Munafiqun yang menjadi panduan kepada umat Islam sewaktu berhadapan dengan golongan ini.Antara dalil al-Quran yang terdapat surah at-Taubah ayat73 yang menyeru kepadajihad ke atas orang kafir dan munafik ialah"WahaiNabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka".
e)Melambangkan pengabdian diri kepada Allah SWT.
Jihad melambangkan pengabdian diri terhadap Allah SWT. Penglibatan dalam peperangan secara tidak langsung menggambarkan bahawa individu tersebut berusaha memenuhi tuntutan syariat Islam. Apabila seorang individu mengetepikan kesenangan dan berjuang dengan bersungguh-sungguh , maka peranan jihad telah memperkasakan ketahanan dan pertahanan tentera Islam.
f)Ganjaran syurga.
Kepentingan jihad juga ialah ganjaran dan jaminan syurga kepada orang yang syahid dalam peperangan. Memang dinyatakan dalam al-Quran bahawa orang yang syahid kerana jihad fisabillillah menentang orang kafir demi menegakkan syiar Islam dijanjikan balasan syurga kepada mereka. Perkara ini menjadi peluang dan pendorong penguat semangat tentera Islam bagi melaksanakan jihad.
g)Mempertahan Islam maruah dan negara.
Konsep jihad juga digunakan untuk mempertahankan maruah diri dan negara. Pada zaman Rasulullah SAW tentera Islam menghadapi golongan musyrikin Quraisy dalam beberapa siri peperangan. Dalam kebanyakan pertempuran, tentera Islam dapat mengalahkan musuh dengan berpegang kepada konsep jihad yang tinggi. .[5]
[1Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 124.
[2]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014) ,75.
[3]“Pertahanan dan Pembukaan Wilayah”,dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),29.
[4]Skor A Dalam STPM Sejarah Islam Penggal 2 (940/2),(Petaling Jaya: Penerbitan Ilmu Bakti Sdn Bhd,2015), ,43
[5]Ibid.43
Tiada ulasan:
Catat Ulasan