Proses Urbanisasi pesat
berkembang membawa peralihan masyarakat petani kepada masyarakat perindustrian,
serentak dengan itu bandar-bandar di negara ini telah berkembang melebihi had
keupayaan pentadbiran tempatan untuk menyediakan infrastruktur, pekerjaan,
perumahan, perkhidmatan serta kemudahan lain, seperti kesesakan lalulintas,
pencemaran alam sekitar. Keadaan-keadaan ini menyebabkan tugas-tugas
penguasa-penguasa tempatan bertambah besar dan rumit. Petikan di atas,
dikemukakan oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak semasa merasmikan Seminar
Kebangsaan Kerajaan Tempatan bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur
pada 30 Jun 1975. Seminar Kebangsaan Kerajaan Tempatan yang pertama kali
diadakan akan membincangkan berkaitan dengan isu-isu urbanisasi nasional,
strategi penggunaan tanah dan perancangan fizikal, taburan penduduk dan
pelbagai masalah yang timbul daripada perkembangan dan pembangunan bandar. Bagi
menambah keberkesanan pihak berkuasa kerajaan tempatan suatu Akta Kerajaan
Tempatan 1973 telah dikuatkuasakan. Diharap dengan adanya persidangan pihak
berkuasa kerajaan tempatan akan dapat menjalankan tanggungjawab yang lebih
berkesan dalam pembangunan di peringkat Mikro.
Label
- BADMINTON MALAYSIA
- BALASUNGKAWA
- HARI INI DALAM SEJARAH
- JEPUN DI TANAH MELAYU
- KARTUN
- MERDEKA
- PENGASUH 1918-1955
- PENYELIDIKAN SEJARAH
- PKM
- REKOD EKSPEDISI
- RENCANA
- RENCANA SEJARAH
- RUMAH TRADISIONAL
- SEJARAH BOLA SEPAK PIALA DUNIA 98
- SEJARAH DUNIA
- SEJARAH FELDA
- SEJARAH ISLAM
- SEJARAH MALAYSIA
- SEJARAH PENDIDIKAN
- SEJARAH SMKJ2
- SEJARAH STPM P1
- SEJARAH STPM P2
- SEJARAH STPM P3
- SEJARAH SUKAN
- SENIMAN
- SIRAH NABI
- TOKOH MALAYSIA
- TOKOH SEJARAH ISLAM
- TOKOH TEMPATAN
- WIRA ATM
- WIRA DARURAT
- WIRA MENENTANG PENJAJAH
Khamis, 30 Jun 2016
KERTAS PUTIH RANGKA PERLEMBAGAAN KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 30.7.1957
Pada hari ini dalam tahun
1957, Persetujuan secara sebulat suara
telah dicapai untuk menerima Kertas Putih rangka perlembagaan bagi
kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu yang meliputi perlembagaan negeri
Melaka dan Pulau Pinang.
Perkara-perkara penting berkaitan
Kertas Putih ini
telah dibincangkan terlebih dahulu
dalam Perhimpunan Agong
UMNO, sebelum ianya
diterbitkan di Persekutuan
Tanah Melayu dan London.
Antara perkara-perkara yang terkandung
dalam rangka Perlembagaan
ini ialah berkenaan soal
kerakyatan melalui pendaftaran
oleh warga asing,
bagi memastikan kesetiaan kepada
tanahair. Antara lain
juga DYMM Yang di-Pertuan Agong melalui perlembagaan diberi kuasa untuk mengisytiharkan
darurat apabila wujudnya
ancaman keselamatan di dalam negara. Selain daripada itu juga
perlembagaan ini juga memberi kuasa khas kepada Parliman untuk mengeluarkan
undang-undang subversif. Berikutan daripada itu pada 2 Julai 1957 Kertas Putih
yang mengandungi Rangka Perlembagaan bagi Kemerdekaan Tanah Melayu ini telah
diterbitkan di Persekutuan Tanah Melayu dan di London.
SUMBER http://www2.arkib.gov.my/hids/
PEMBUKAAN LEBUHRAYA TIMUR-BARAT
Pada hari ini 30.06.1982,
setelah 12 tahun lebuhraya timur-barat sepanjang 115 km yang dibina dengan
perbelanjaan 395.2 juta ringgit itu kini siap dan dibuka kepada orang ramai.
Lebuhraya ini akan memendekkan perjalanan antara Kota Bharu dan Butterworth
sebanyak 671 km. Ia mengandungi lima buah jambatan panjang dan menghubungkan
pekan Jeli di Hulu Kelantan dengan Pekan Gerik di Perak. Lebuhraya ini akan
dibuka pada jam 6.00 pagi ke 7.00 malam
setiap hari dan para pengguna pula dikehendaki melaporkan diri ke pondok
polis di batu 5, Jeli atau Kuala Rui di Grik selewat-lewatnya jam 4.00 petang
sebelum dibenar menggunakan lebuhraya itu. Ini adalah kerana lebuhraya tersebut
terletak di kawasan keselamatan. Walaubagaimanapun pengguna tidak perlu bimbang
kerana keadaan keselamatan di lebuhraya ini adalah terkawal. Seramai lebih 3
ribu orang tentera dikerah berkawal sepanjang lebuhraya untuk menjaga
keselamatan pengguna. Anggota keselamatan tersebut ditempatkan di enam puluh
satu buah pos tentera dari Grik ke Jeli dan khemah-khemah mereka adalah tidak
lebih dari dua kilometer jaraknya antara satu. Di samping itu, para pengguna
lebuhraya adalah diingatkan mengisi minyak dengan secukupnya sebelum memulakan
perjalanan memandangkan tidak terdapat sebarang kemudahan untuk membaiki kereta
dan mengisi minyak di sepanjang lebuhraya itu. Untuk itu sebanyak dua buah
landrover diadakan di Jeli dan Grik bagi membantu pengguna-pengguna yang
menghadapi kerosakan kereta dan sebagainya.
Rabu, 29 Jun 2016
Negara Persekutuan Amerika Syarikat
OLEH –AHMAD BIN YAAKOB
Konsep negara Persekutuan
Istilah persekutuan berasal daripada perkataan Greek, iaitu foedus yang membawa maksud perjanjian. Persekutuan merupakan gabungan beberapa buah wilayah atau negeri yang dahulunya bebas tetapi kemudiannya menjadi negara bersekutu di bawah satu perlembagaan pusat.
Sistem persekutuan merupakan sistem pemerintahan yang terdiri daripada dua kerajaan, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Setiap kerajaan pusat dan negeri mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara-perkara tertentu. Apabila wilayah-wilayah tersebut bergabung ke dalam sebuah persekutuan, dengan sendirinya wilayah-wilayah berkenaan menyerahkan kedaulatan kepada kerajaan pusat dan ketaatan rakyat tertumpu kepada kerajaan persekutuan.[1]
Sungguhpun wilayah tersebut telah menyerahkan kedaulatannya kepada kerajaan pusat, wilayah tidak akan hilang identiti kerana ada perkara-perkara tertentu yang dijamon oleh perlembagaan persekutuan. Perlembagaan Amerika tetap memberi kebebasan kepada negeri-negeri menggubal undang-undang yang berkaitan dengan adat dan budaya tempatan kerana setiap negeri mempunyai latar belakang dan sejarah yang berlainan.
Amerika Syarikat merupakan negara persekutuan yang dibentuk daripada 13 buah negeri yang pernah menjadi koloni Britain. Amerika Syarikat mempunyai 50 buah negeri dan saiznya luas. Penduduknya terdiri daripada berbilang kaum, namu perpaduan rakyatnya masih utuh.[2]
Pemerintahan Negara Persekutuan
Perlembagaan Amerika menggariskan secara terperinci badan-badan yang memerintah Amerika.
Presiden Amerika boleh membatalkan undang-undang dengan menggunakan kuasa veto.Presiden juga mengawasi kongres. Walaupun kerajaan persekutuan diberi kuasa yangluas, rakyat tidak bangkit menentang kerajaan.Ini kerana kebebasan mereka tidak diusik. Perkara berkaitan dasar luar dan perdagangan diserahkan kepada kerajaan persekutuan.
Ciri-ciri negara Persekutuan.
Kerajaan pusat tidak diberi kuasa yang banyak. Persekutuan merupakan liga negeri dan bukan kerajaan pusat yang kuat. Kerajaan pusat tidak dapat melaksanakan projek pembangunan kerana kurang sumber kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan pusat bergantung kepada sumbangan kerajaan negeri. Kerajaan tidak dibenarkan membentuk sistem perdagangan antara negeri atau negara lain.[3]
Konvensyen Philadelphia 1787.
Dalam Konvensyen Philadelphia 1987 timbul perdebatan hangat tentang kuasa yang akan diberi kepada kerajaan pusat dan yang akan mengawal kerajaan pusat. Persidangan ini membawa kepada pembentukan Perlembagaan Amerika setelah kompromi dicapai dalam kalangan 13 buah negeri.
Perlembagaan Amerika telah menggariskan secara terperinci badan-badan yang memerintah Amerika Syarikat. Ia dilakukan supaya terdapat satu sistem timbang tara sebagai perlingungan unsur-unsur authoritarian dan radikal.[4]
Perubahan kedudukan kerajaan selepas abaf ke-18 (Konvensyen Philadelphia)
Antara perubahan ialah memberi kuasa kepadaKerajaan Persekutuan membuat keputusan dalam hal mata wang, mengisytihar peperangan , megenakan cukai, menggubal undang-undang berkaitan bidang kehakiman dan menguasai bidang perdagangan.
Presiden boleh membatalkan undang-undang dengan menggunakan kuasa veto dan boleh mengawal kongres. Kongres pula melalui dua pertiga undi di kedua-dua Dewan Senat dan dewan Perwakilan boleh mengatasi kuasa veto Presiden. Oleh itu, apabila menggubal undang-undang satu pihak boleh mengawasi pihak yang lain.
Oleh kerana kerajaan Persekutuan diberi kuasa yang lebih luas, rakyatnya juga tidak menentang kerana kebebasan dan hak peribadi mereka tidak diusik dan kuasa berkaitan dasar luar dan perdagangan yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan menjadikan Amerika Syarikat sebuah negara yang berjaya mengawal kedudukan ekonomi dan politik antarabangsa.[5]
TUNKU DIKURNIAKAN GELARAN BAPA KEMERDEKAAN 29.6.1957
Pada hari
ini dalam tahun
1957, YTM Tunku Abdul
Rahman Putra, Ketua
Menteri Persekutuan Tanah Melayu
telah dianugerahkan dengan
gelaran "Bapa Kemerdekaan"
negara. Penganugerahan gelaran
ini telah dipersetujui
di dalam Persidangan Agong
UMNO dan pengurniaan
secara rasmi gelaran
ini telah dilakukan pada
malam 30 Ogos
1957 di Padang
Kelab Selangor. Pengurniaan gelaran ini
merupakan satu penghargaan
kepada Tunku Abdul
Rahman ke atas jasa dan
perjuangan beliau dalam
membebaskan tanahair daripada
cengkaman penjajahan Inggeris.
Tunku Abdul Rahman
Putra, merupakan putera
kepada DYMM Sultan
Abdul Hamid merupakan
seorang tokoh politik
yang praktikal, kerana beliau merupakan pemimpin yang julung-julung
kalinya berjaya memperjuangkan
serta menyatupadukan penduduk
yang berbilang bangsa
untuk sama-sama mendapatkan kemerdekaan
ke atas Tanah
Melayu. Sesungguhnya, gelaran Bapa
Kemerdekaan kepada Tunku
Abdul Rahman merupakan
anugerah yang amat bernilai
sebagai mengenang segala
sumbangan dan perjuangannya
ke atas kemerdekaan tanah air.
Selasa, 28 Jun 2016
PERANAN PEMBESAR PERINGKAT PUSAT DI RUSIA.
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Golongan pembesar ialah
pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat
jawatan tertentu dan melaksanakan semua bidang tugas yang telah diberikan atau
diarahkan kepadanya.Kamus Dewan pula mentakrifkan pembesar bermakna orang yang
berpangkat tinggi. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan pemerintah yang
melaksanakan segala urusan pemerintahan dan pentadbiran yang diarahkan oleh
raja atau maharaja. Tanggungjawab yang diberikan kepada pembesar dalam
melaksanakan tugasnya akan menjadi kayu pengukur dalam pengenalan tugas sebagai
pembesar.[1]
PERANAN PEMBESAR PERINGKAT
PUSAT DI RUSIA.
1.Membantu pentadbiran raja
dalam Majlis Tertinggi.
2.Peter mewujudkan Majlis
Senate menggantikan Duma dan Zemskii Sabor.
3.Memberi perkhidmatan
ketenteraan.
4.Menganggotai institusi gereja
Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja.
5.Menganggotai Jawatankuasa
tidak rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara.
6.Golongan bangsawan menjadi
ahli Dewan Perhimpunan Wilayah membantu zar dalam urusan pentadbian.
7.Polis Khas Diraja Okhrana untuk
mengawal penyebaran propaganda yang boleh gugat pemerintahan.[2]
PERANAN PEMBESAR PERINGKAT
PUSAT DI RUSIA.
1.Membantu pentadbiran raja
dalam Majlis Tertinggi.
Tzar Rusia menggunakan khidmat pembesar
sebagai bantuan kepada pemerintah dalam mentadbir negara. Pemerintahan Tzar di Rusia
rnenggunakan kaedah lantikan untuk melantik pembesar berkhidmat dengan mereka.
Di Rusia banyak bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat dengan
cemerlang dalam bidang ketenteraan. Mereka memiliki tanah dan memberi
perkhidmatan ketenteraan kepada raja atau maharaja Rusia.
Pembesar Rusia dilantik untuk
menjalankan tugas tanpa perlu melalui sistem peperiksaan awam.Pentadbiran raja di
peringkat pusat dibantu oleh Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi. Duma ialah
penasihat tertinggi manakala Zemskii Sabor pula ialah Majlis Penasihat yang
kuasanya lebih rendah daripada Duma. Prikazi pula merupakan jabatan kerajaan
yang melaksanakan dasar yang diluluskan Duma.
2.Peter mewujudkan Majlis
Senate menggantikan Duma dan Zemskii Sabor.
Seterusnya semasa pemerintahan
Peter, Durna dan Zemskii Sabor telah digantikan dengan Majlis Senate. Colleges
pula dibentuk untuk membantu Majlis Senate dan menggantikan Prikazi.
Seterusnya, pemerintahan Alexander I memperlihatkan beliau melantik Jawatankuasa
Tidak Rasmi sebagai penasihat berhubung dengan dasar negara.
3.Memberi perkhidmatan
ketenteraan.
Di Rusia banyak bangsawan baru
lahir terutama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang ketenteraan.
Mereka memiliki tanah dan memberi perkhidmatan ketenteraan kepada raja atau
maharaja Rusia.
4.Menganggotai institusi gereja
Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja.
Peranan institusi gereja dalam empayar Rusia tidak dapat
dinafikan. Pada zaman Kiev dan Moscow, institusi gereja Kristian Ortodoks memainkan peranan penting dalam hal ehwal keagamaan,
ekonomi, dan politik.
Namun,
peranan institusi gereja Kristian Ortodoks telah berkurangan dan diletakkan di
bawah kekuasaan pemerintahan Peter. Peter tidak begitu menyenangi pembabitan
institusi gereja dalam pemerintahan kerana inginkan pembaharuan dilakukan di
Rusia. Buktinya, Peter tidak melantik Patriarch baharu pada tahun 1700 dan
selepas 21 tahun dalam pemerintahan, Peter memperkenalkan Holy Synod untuk
mengambil alih peranan Patriarch.
Semasa
pemerintahan Catherine, beliau telah memiliknegarakan harta dan kekayaan gereja
dan gereja terpaksa bergantung kepada bantuan daripada kerajaan pusat. Hal ini
membolehkan raja mengawal kuasa gereja dan memperkukuhkan pemerintahan
diktatornya. Pembesar menganggotai institusi gereja
Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja.
5.Menganggotai Jawatankuasa
tidak rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara.
Pembesar juga turut m enganggotai
Jawatankuasa tidak rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara.
6.Golongan bangsawan menjadi
ahli Dewan Perhimpunan Wilayah membantu Tzar dalam urusan pentadbian.
7.Polis Khas Diraja Okhrana untuk
mengawal penyebaran propaganda yang boleh gugat pemerintahan.
Pentadbiran Tzar di Rusia mempunyai organisasi yang menyiasat tentang
pembesar mereka. Hal ini bagi menjamin taat setia dan komitmen para pembesar
dalam menjalankan tugas. Rusia mempunyai
Polis Rahsia Khas yang menjadi mata dan telinga Tsar. Tugas Polis Rahsia Khas
ialah mengawal penyebaran unsur propaganda yang menggugat pemerintahan Tzar ,
demokrasi masyarakat, mengawal jalan keluar masuk ke empayar Rusia dan maa dan
telinga Tzar.[3]
8.Memajukan ekonomi Rusia.
Bagi membantu ekonomi Rusia,
Tzar melantik menteri-menteri yang akan merancang dasar ekonomi yang membawa
perkembangan ekonomi di Rusia. Pada zaman pemerintahan Nickolas II, Sergei
Witte dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Pengangkutan Rusia pada tahun
1892. Antara tahun 1892-1903 Sergei Witte menjawat jawatan Menteri Kewangan
Rusia. Beliau memberi keutamaan kepada pembinaan landasan kereta api yang
menjadi kunci kepada ekonomi Rusia.[4]
PERANAN PEMBESAR PERINGKAT
WILAYAH
Pemerintahan
peringkat wilayah di Rusia ditadbir oleh
Zemstvo Wilayah yang dipilih oleh ahli Zemstvo Daerah manakala daerah mempunyai
majlis perundangan tempatan (Majlis Daerah) atau Zemstvo.
PERANAN PEMBESAR PERINGKAT
KAMPUNG
Rusia juga mempunyai
pentadbiran peringkat kampung yang diserahkan kepada Komun atau mir atau Majlis
Kampung yang dijadikan wakil oleh kerajaan pusat untuk memungut cukai yang
telah ditetapkan.
[1]Mahdi Shuid dan Sazlina Othman, Kertas Peperiksaan
Sejarah STPM Penggal 1, 940/1, (Kuala Lumpur: Global Mediastreet, 2016),57.
[2] “Pembesar”
dalam
Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)59 .
[3] Mahdi
Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Ahamed,
“Teks STPM Sejarah Penggal 1”, (Penerbitan Pelangi, Bandar Baru Bangi
2015),120.
[4]
Ibid,121.
TAMBAK JOHOR TELAH DIRASMIKAN OLEH GABENOR NEGERI SELAT 28.6.1924
Pembinaan Tambak Johor
merupakan peristiwa penting dalam sejarah sistem perhubungan Tanah Melayu dan
Singapura. Usul pembinaan Tambak Johor itu telah dikemukakan oleh Pengarah JKR
Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Encik W. Eyre Kenny, kerana cadangan-cadangan
untuk pembinaan jambatan tidak dapat dijalankan oleh sebab-sebab tertentu yang
tidak dapat dielakkan. Majlis perletakkan batu asas bagi pembinaan tambak Johor
tersebut telah disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Sir Ibrahim ibni
al-marhum Sultan Abu Bakar yang mewakili pihak kerajaan Johor dan kerajaan
Negeri-negeri Selat. Pada hari ini 28.6.1924, Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir
Lawrence Gulliemard telah merasmikan pembukaan Tambak Johor. Turut serta di
majlis pembukaan tersebut ialah Sultan Johor, Sultan Selangor, Yang DiPertuan
Negeri Sembilan, Raja Bendahara Perak dan kenamaan lain. Tambak Johor merupakan
tambak batu yang merentangi Selat Tebrau yang mana berukuran 3465 kaki panjang
dan 60 kaki lebar. Ianya mempunyai
landasan keretapi dua hala, sebatang jalan raya selebar 26 kaki dan lorong
pejalan kaki di kedua-dua belah tambak.
Perbelanjaan pembinaannya sebanyak RM17 juta dan mengambil masa lima
tahun untuk disiapkan. Sewaktu Jepun menawan Tanah Melayu, sepanjang 70 kaki
dari Tambak Johor telah dibom oleh pihak Inggeris bagi menahan kemaraan tentera
Jepun ke Singapura. Walau bagaimanapun Jepun telah berjaya membaiki kerosakan
tersebut dan berjaya menawan Singapura akhirnya. Sesungguhnya dengan pembukaan
Tambak Johor pada hari ini, telah mempercepatkan dan mempermudahkan segala
urusan perhubungan dan perdagangan di antara Tanah Melayu dan Singapura.
Isnin, 27 Jun 2016
PENUBUHAN KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN 27.6.2016
Pengwujudan birokrasi yang
berstruktur dan jelas memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan sistem
pentadbiran yang baik. Di Malaysia sejak daripada awal lagi, struktur
pentadbiran yang kemas kini telah diadakan. Pada hari ini 27 Jun 1978, kerajaan
telah mengumumkan penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan. Kementerian ini
akan diketuai oleh Menteri Wilayah Persekutuan yang akan bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas hal-hal pentadbiran Wilayah Persekutuan. Objektif utama
penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan ialah untuk menyelaras pembangunan
kawasan Wilayah Persekutuan dari segi
perancangan dan pelaksanaan projek yang
dijalankan di Wilayah Persekutuan. Ke arah melaksanakan pentadbiran yang baik,
bagi kementerian ini beberapa organisasi akan diletakan di bawah
kementerian iaitu Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur, Jabatan Tanah dan Galian, Jabatan Agama Islam dan Jabatan Parit dan
Taliair. Antara objektif utama penubuhan kementerian ini ialah:
Melaksana dan menentukan
perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru dengan tegas dan berkesan di Wilayah
Persekutuan.
Meluluskan dasar, menentukan
pedoman dan matlamat serta menetapkan keutamaan-keutamaan di dalam pembangunan
dan pentadbiran Wilayah Persekutuan.
Menentukan Wilayah Persekutuan
ini dibangunkan, ditadbir serta diperindahkan selaras dengan tarafnya sebagai
ibu negara Malaysia.
Dengan penubuhan kementerian
ini di harap Kuala Lumpur akan dapat dibangunkan secara seimbang bukan sahaja
di sudut ekonomi tetapi juga berkaitan dengan alam sekitar dan kerohanian, dan
dengan kemasukan Labuan ke dalam Persekutuan sekaligus akan dapat
mempercepatkan proses integrasi nasional.
SISTEM PEMBESAR DI RUSIA ABAD KE-16-20..
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
KONSEP PEMBESAR
Golongan pembesar ialah
pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja untuk menjawat jawatan
tertentu dan melaksanakan semua bidang tugas yang diberikan atau diarahkan
kepadanya. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan pemerintah yang
melaksanakan segala urusan dan pentadbiran yang diarahkan oleh raja atau
maharaja. Tanggungjawab yang diberikan kepada pembesar dalam melaksanakan
tugasnya akan menjadi kayu pengukur dalam pengenalan tugas sebagai pembesar.[1]
Pembesar berperanan penting dalam sistem pentadbiran monarki. Pembesar
merupakan tulang belakang kepada raja Rusia. Pembesar membantu maharaja dalam
pemerintahan dan dilantik secara rasmi oleh raja/maharaja.[2]
KEDUDUKAN PEMBESAR
Pembesar di Rusia mempunyai
kedudukan tertinggi selepas Tzar. Mereka ialah para bangsawan paling kanan.Pembesar
dianggap sebagai tulang belakang atau tiang kerajaan. Mobiliti sosial pembesar berlaku
secara lantikan.[3]
Pada zaman Peter berlaku mobiliti sosial dalam kalangan masyarakat Rusia. Pada
zaman Peter banyak bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat dengan
cemerlang dalam ketenteraan.Golongan bangsawan baharu ini memiliki tanah dan
memberi perkhidmatan ketenteraan kepada Peter.
SISTEM PEMBESAR DI RUSIA.
Sistem pembesar di Rusia
berbeza dengan sistem pembesar di China. Di Rusia, pentadbiran raja pada era
Moscow dan Dinasti Ramanov dibantu oleh Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi.
DUMA
Duma ialah majlis penasihat
tertinggi yang dianggotai oleh para bangsawan paling kanan dan bertindak
menyelaras hal ehwal pemerintahan, membuat dan meluluskan dasar tertentu, dan
sistem kehakiman. Namun begitu, kata pemutus masih lagi di tangan raja.
ZEMSKII SABOR
Zemskii Sabor merupakan majlis
penasihat yang dianggotai antara 140 - 50 orang bangsawan, tetapi kuasanya
lebih rendah daripada I Duma.
PRIKAZI
Prikazi merupakan jabatan
kerajaan yang melaksanakan dasar yang diluluskan oleh Duma.
Pada zaman pemerintahan Peter, beliau
telah melakukan penyusunan semula sistem pentadbiran bertujuan sistem
pentadbiran berpusat, seragam, cekap, dan tidak berlaku pertindihan kuasa
antara institusi tertentu. Oleh itu, pada tahun 1711, Duma dan Zemskii Sabor
digantikan dengan Majlis Senate.
Majlis Senate mempunyai anggota seramai 9
orang. Colleges dibentuk untuk memikul beban tugas Senate yang semakin berat.
Pada tahun 1718, tanggungjawab membuat keputusan secara kolektif telah
ditekankan oleh Peter. Prinsip ini dapat menggantikan Prikazi yang lebih
memberi laluan kepada individu tertentu untuk membuat keputusan.[4]
Golongan bangsawan membantu urusan
pemerintahan dan pentadbiran Peter. Pada zarnan pemerintahan Peter, banyak
bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam
ketenteraan.Golongan bangsawan baharu ini memiliki tanah dan memberi
perkhidmatan ketenteraan kepada Peter.Dianggarkan pada tahun 1700 sebelum
perubahan dilakukan oleh Peter, bangsawan Rusia adalah seramai 2985 orang. Pada
tahun 1737,keluarga bangsawan telah meningkat kepada 100 000 orang dan daripada
jumlah tersebut, 500 000 adalah bangsawan lelaki dan 200 000 terdiri daripada
pegawai kerajaan.
Situasi tersebut menunjukkan berlakunya
mobiliti sosial dalam kalangan masyarakat di Rusia. Peranan institusi gereja
dalam empayar Rusia tidak dapat dinafikan. Pada zaman Kiev dan Moscow,
institusi gereja Kristian Ortodoks
memainkan peranan penting dalam hal ehwal keagamaan, ekonomi, dan
politik.
Namun, peranan institusi gereja Kristian
Ortodoks telah berkurangan dan diletakkan di bawah kekuasaan pemerintahan
Peter. Peter tidak begitu menyenangi pembabitan institusi gereja dalam
pemerintahan kerana inginkan pembaharuan dilakukan di Rusia. Buktinya, Peter
tidak melantik Patriarch baharu pada tahun 1700 dan selepas 21 tahun dalam
pemerintahan, Peter memperkenalkan Holy Synod untuk mengambil alih peranan
Patriarch.
Semasa pemerintahan Catherine, beliau
telah memiliknegarakan harta dan kekayaan gereja dan gereja terpaksa bergantung
kepada bantuan daripada kerajaan pusat. Hal ini membolehkan raja mengawal kuasa
gereja dan memperkukuhkan pemerintahan diktatornya. Dasar Peter dan Catherine ini
berbeza dengan dasar maharaja China yang mengutamakan ajaran Confucius dalam
sistem pentadbiran pembesar di China Pembesar di China berlatar belakang
pendidikan Confucius.
Dasar pemerintahan Alexander I pula
mengambil pendekatan lebih bersifat liberat dalam segala perubahan yang
dilakukan di Rusia. Alexander I telah melantik jawatankuasa khas atau lebih
dikenali sebagai Mshtosa Tidak Rasmi untuk menasihatinya dalam hal ehwal
berhubung dengan dasar negara. lawatankuasa Tidak Rasmi ini bukan sahaja memberi
nasihat kepada Alexander I, malahan mereka menyokong dasar liberal yang
dipegang oleh Alexander I dalam pemerintahannya.
Pendekatan liberal diteruskan pada
tahun1809 apabila Alexander I telah memperkenalkan perubahan dalam pemilihan
anggota Duma atau parlimen.[5]
1.Alexander I mencadangkan agar
diadakan pilihan raya untuk memilih anggota Duma.
2.Cadangan ini diutarakan oleh
Alexander I dengan cara mengadakan pungutan suara dalam kalangan masyarakat
Rusia.
3.Amalan dasar liberal amat
ketara apabila Alexander I memberi hak kepada golongan petani dan hamba untuk
menyatakan pandangan mereka. Namun dasar tersebut ditentang oleh golongan
bangsawan yang merasakan dasar liberal Alexander I hanya merugikan mereka.
4.Pada masa yang sama,
Alexander I menghadapi permasalahan dengan Napoleon dan beliau bimbang
perubahan dasarnya ini akan menyebabkan kurangnya sokongan daripada golongan
bangsawan.
5.Oleh yang demikian, dasar
Alexander I yang mahu membawa perubahan dalam golongan atasan tidak dapat
diterima oleh masyarakat Rusia.
Pengisytiharan manifesto
Oktober oleh Nicholas II membolehkan Duma berfungsi sebagai Parlimen Rendah dan
pemilihan keahliannya berdasarkan suara undian terbanyak masyarakat bukan
dilantik oleh Tsar.
1.Duma pertama dibentuk selepas
pengisytiharan manifesto Oktober dan sidang pertama diadakan pada bulan Mei
tahun 1906.
Ahlinya seramai 497 orang
terdiri daripada 45 wakil yang prokerajaan pusat, 32 wakil masyarakat bukan
Rusia seperti Poland dan orang Islam, 184 Cadet, 124 mewakili sayap kiri dan
112 wakil bebas.
Keahlian yang pelbagai dalam
Duma menyukarkan kerajaan Rusia untuk mentadbir empayarnya. Pada masa yang
sama, Tsar masih mendapat sokongan daripada wakil prokerajaan dan beranggapan
Duma masih di bawah pengaruh Tsar.
Oleh sebab itu, sering terdapat perbalahan
keputusan kerajaan. Misalnya, apabila membincangkan isu tanah, Duma mahukan
pemberian tanah dilakukan secara adil kepada petani, keluarga yang ramai, dan
institusi gereja. Sedangkan, wakil prokerajaan mahukan tanah simpanan dikawal
sepenuhnya oleh tuan tanah yang dilantik oleh kerajaan pusat.Kesannya,
persidangan menemui jalan buntu dan selepas 40 kali perjumpaan, Nicholas II
membubarkan Duma pertama. Pada bulan Mac 1907, Duma kedua ditubuhkan.[6]
PENTADBIRAN WILAYAH
Pentadbiran Alexander II
dibantu oleh Dewan Perhimpunan Wilayah yang bertanggungiawab membantu Tsar
dalam menentukan pentadbiran negara.Keanggotaannya terdiri daripada golongan
bangsawan.Bagi mengawal golongan bangsawan dan Dewan Perhimpunan Wilayah, Alexander
II telah meluluskan satu undang-undang pada tahun 1864, iaitu setiap daerah
daripada 34 buah wilayah akan mempunyai majlis Perundangan tempatan (Majlis
Daerah) atau Zemstvo.
Penduduk bandar dan kaum petani diberi
peluang untuk memilih ahli Majlis Daerah atau Zemstvo.Ahli Zemstvo Daerah pula
akan memilih anggota Zemstvo Wilayah.Majlis ini akan bertanggungiawab
memelihara jambatan, jalan raya,pendidikan, kesihatan awam, dan pemilihan
pegawai undang- undang.
Walaupun Zemstvo memiliki kuasa politik
yang terhad, namun penubuhannya merupakan satu-satunya institusi separa politik
yang bebas daripada kawalan birokrasi Tzar.Pentadbiran daerah turut membantu
Tsardalam pemerintahan- Misalnya semasa pentadbiran Rusia di bawah Catherine,
beliau telah menlrusun semula sistem pentadbiran di peringkat daerah. Setiap
daerah diletakkan di bawah pentadbiran gabenor atau naib gabenor yang dilantik
oleh kerajaan pusat. Alexander II mewujudkan sistem mahkamah yang berasingan
daripada jabatan kerajaan yang lain demi memastikan keamanan dan kelangsungan
pentadbirannya di Rusia.
Alexander II memastikan pentadbiran hakim
dan majistret terasing daripada jabatan kerajaan yang lain Rakyat harus
menerima undang-undang yang sama tanpa mengira taraf sosial.Kes-kes mahkamah
dibicarakan secara terbuka dan sistem perbicaraan menggunakan juri
diperkenalkan.Alexander II memerintahkan agar perbicaraan mengenai perkara awam
dan jenayah dipindahkan daripada tangan pegawai-pegawai pentadbir kepada kuasa
mahkamah yang dibentuk mengikut Barat.Terdapat jaksa pendamai, hakim-hakim
daerah, dan sebuah Senat
yang menjalankan tugas sebagai
Mahkamah Rayuan.[6]
PENTADBIRAN PERINGKAT KAMPUNG
Pentadbiran kampung diserahkan
kepada Komun atau mir atau majlis kampung yang dijadikan wakil oleh kerajaan
pusat untuk memungut cukai yang telah ditetapkan.Memastikan setiap isi rumah
petani membayar pinjaman kerajaan selama 49 tahun. Bayaran ini akan dikutip
setiap tahun.
Tugas comun juga menentukan jenis tanaman
yang diusahakan oleh petani dan berkuasa mengagihkan tanah pertanian secara
tahunan kepada petani yang tertentu sahaja.Comun melatih generasi muda daripada
kalangan petani sebagai persediaan khidmat tentera apabila diperlukan oleh
Tsar.Komun menjadi penampan kepada kemasukan pengaruh negatif di kawasan luar
bandar yang boleh menjejaskan pemerintahan kerajaan pusat.
Kerajaan pusat berupaya mencengkam tuan
tanah dan petani melalui komun dan komun menjadi mata dan telinga kerajaan
pusat.Pentadbiran Tsar-tsar di Rusia yang mengamalkan raja berkuasa mutlak dan
menjalankan pemerintahan secara autokratik membawa kepada penubuhan Polis
Rahsia Khas.
POLIS RAHSIA KHAS
Tugas Polis Rahsia Khas ialah
mengawal penyebaran unsur propaganda yang menggugat pemerintahan Tsar,
demontrasi masyarakat, mengawal jalan
keluar masuk ke empayar Rusia, dan serta menjadi mata dan telinga Tsar.
Polis Rahsia pada era
pemerintahan Nicholas I (1825 1855), mengenakan tapisan keluar masuk Rusia
secara ketat dan masyarakat penulisan yang berbaur penentangan dan menentang
kewibawaan sebagai pemerintah. Pada era Alexander II, Polis Rahsia menangkap
mereka yang mengkhianati Tsar. Mereka yang ditangkap kerana memberontak akan
dibuang ke Siberia tanpa menjalani apa-apa perbicaraan mahkamah.
Nicholas. II juga menggunakan polis
rahsia atau okhrana dalam pemerintahannya. Okhrana ini mempunyai jaringan wakil
yang luas dan menjadi pemberi maklumat dari kawasan luar bandar atau bandar.
Mereka mendapat latihan khas untuk berhadapan dengan gerakan bawah tanah yang
menghasut rakyat dan menyebarkan propaganda di Rusia. Penubuhan okhrana telah
memperkukuhkan kekuasaan Nicholas II.[7]
[1] Mahdi
Shuid dan Sazlina Othman, Kertas
Peperiksaan Sejarah STPM Penggal 1 940/ (Sejarah 1), (Kuala Lumpur: Global
Mediastreet Sdn. Nhd.,2016), 57
[2] “Pembesar”
dalam
Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)59 .
[3]Ibid,59.
[4] Mahdi
Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Ahamed,
“Teks STPM Sejarah Penggal 1”, (Penerbitan Pelangi, Bandar Baru Bangi
2014), 117.
[5]
Ibid
[6]Ibid,119
[7] Ibid,120.
Langgan:
Catatan (Atom)