Jumaat, 25 Mac 2016

TUN ABDUL RAZAK MERASMIKAN KONVENSYEN EKONOMI MALAYSIA

Pada hari ini 25.3.dalam tahun 1974,  Perdana  Menteri, Y.A.B  Tun  Abdul Razak Hussein telah merasmikan Konvensyen Ekonomi Malaysia, di Kuala Lumpur.  Konvensyen Ekonomi Malaysia ini telah  disertai  oleh ahli-ahli  Ekonomi  dari  dalam  dan luar negara  serta  kakitangan kerajaan.  Pokok perbincangan konvensyen ini ialah mengenai Dasar Ekonomi Baru dan inflasi yang sedang meruncing pada ketika itu. Perdana Menteri dalam ucapannya memberitahu bahawa adalah penting agar Dasar Ekonomi Baru lahir  dari  kenyataan  dalam  masyarakat yang  telah berubah dari  keadaan  politik  yang  telah matang sesudah menempuh pengalaman hebat demi mendapatkan penyelesaian yang berkekalan kerana kejayaan DEB menentukan survival negara di masa hadapan. Beliau amat menghargai usaha badan-badan seperti Persatuan Ekonomi Malaysia yang bertujuan membantu kerajaan mencari huraian masalah negara agar dasar kerajaan dan perlaksanaan benar-benar menurut kehendak rakyat. Konvensyen Ekonomi Malaysia yang telah berlangsung selama tiga hari ini turut membincangkan beberapa kertas kerja  yang berkait rapat dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Majlis penutupnya  telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B   Dato Hussein Onn.

Sumber-http://hids.arkib.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan