Isnin, 21 Mac 2016

2.2.1 Falsafah pendidikan Islam.

2.2.2 Perkembangan pendidikan
Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
2.2.1 Falsafah pendidikan Islam.
Hasil pembelajaran-membincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan Islam.
Falsafah pendidikan Islam
a.Falsafah pendidikan Islam.
Falsafah pendidikan Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Falsafah pendidikan Islam bertujuan untuk menyediakan manusia dengan ilmu pengetahuan ang cukup agar ia kenal akan dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya atau mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan anggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini.

      Ringkasnya falsafah pendidikan Islam adal satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah bagi membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah swt yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah kebaikan di dunia dan kesejaheraan di akhirat.[1]     


Definisi pendidikan Islam - tarbiah,  taklim, ta'dib, irsyad dan tadris. Tarbiyah ialah proses pembenukan peribadi individu dari satu tahap sehingga mencapai matlamat akhir iaitu insan sempurna yang mengabdi diri dengan tulus ikhlas kepada Allah SWT.

Taalim dikaitkan dengan pemindahan ilmu kepada manusia untuk merealisasikan fungsi, tugas dan statusnya sebagai khalifah Allah SWT di bumi ini.   Tadris membawa maksud pengajaran sesuatu cabang ilmu yang ditujukan kepada seseorang individu.Tadib dihubungkait dengan pembentukan adab atau sahsiah sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Irsyad pula bermakna petunjuk berasaskan syariah.[2]

Surah al-Alaq  ayat I hingga 5 membuktikan pendidikan dan berilmu pengetahuan merupakan risalah  terpenting dalam Islam.
Islam menekankan pengetahuan berbentuk  fardu ain dan fardu kifayah  di samping tidak mengetepikan  pengetahuan lain.
Berbeza dengan  pendekatan sekularisme.
Islam memandang tinggi orang-orang  berilmu (ulama).
Sumber Pendidikan Islam : al-Quran, as-Sunnah  dan ijmak ulama.
Tujuan Pendidikan Islam  :
a. Mencari  keredhaan Allah
b. Membentuk  akhlak dan keperibadian mulia
c. Perwujudan diri (sempurna  kendiri - roh dan jasad)
Pendidikan Islam menekankan  keseimbangan  antara roh,jasad  dan akal.
Lima punca pengetahuan yang diakui oleh falsafah  Islam -deria,  akal, institusi, ilham dan wahyu.
Dr. Said Ismail Ali - enam  punca Pendidikan Islam :
a. al-Quran
b. Hadis
c. Sahabat-sahabat  Rasulullah SAW
d. Permasalahan sosial
e. Adat istiadat dan etika masyarakat  (sejarah)
f. Para pemikir Islam

Ciri-ciri Pendidikan
Pendidikan Islam merupakan  tanggungjawab  peribadi,Islam tanggungjawab masyarakat  dan tanggunglawab pemerintah.
Pendidikan Islam bersifat pragmatis - teori dan praktik sekaligus.
Pendidikan Islam zaman Khalifah Umayyah mencapai  tahap kecemerlangan.
 Faktor-faktor  yang mendorong  peningkatan kemajuan pendidikan  pada zaman  kerajaan Umayyah  :
a. Perkembangan  kerajaan  Islam itu sendiri
b. Perkembangan  ilmu
c. Perkembangan  masyarakat  Islam.
Faktor-faktor  yang menyumbang  kepada perkembangan pendidikan  pada zaman Umayyah 
a. Gerakan agama
b. Gerakan falsafah
c. Gerakan  sejarah.[4]



[1] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 221.
[2]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam: Oxford Fajar.2012)  ,112.
[3]“Falsafah Pendidikan Islam ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),60.
[4]Ibid, 61.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan