Isnin, 14 Mac 2016

PERSIDANGAN SPEAKER-SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI PERSEKUTUAN KALI YANG PERTAMA 15.3.2016

Peranan speaker cukup penting sekali bagi melicinkan persidangan di Dewan Undangan Negeri.  Tanggungjawab mereka dalam mengendalikan persidangan akan dapat berjalan dengan lancar jika setiap speaker dapat mengendalikan persidangan dengan sempurna.
Pada hari ini 15hb Mac 1962, buat pertama kalinya selepas Merdeka satu Persidangan Speaker-speaker Dewan Undangan Persekutuan telah diadakan di Kuala Lumpur. Tujuan diadakan persidangan ini ialah:
Menggalakkan supaya Speaker-speaker gemar belajar dan mengetahui aturan-aturan mesyuarat Parlimen.  Setengah-setengah aturan mesyuarat Parlimen itu boleh dipakaikan kepada Mesyuarat Dewan Negeri.
Supaya Speaker-speaker dapat berjumpa dan berkenal-kenalan di antara satu dengan lain, bertukar-tukar fikiran dan mencari jalan bagaimana hendak melicinkan perjalanan Majlis Undangan Negeri masing-masing.
Hendak memberi peluang kepada Speaker-speaker merundingkan tugas-tugasnya, kesusahan-kesusahannya dan pengalaman-pengalaman yang didapatinya dalam Majlis Mesyuarat masing-masing.
Menimbangkan masalah menjaga tertib dalam Majlis.
Merundingkan cadangan hendak menubuhkan sebuah cawangan Commonwealth Parliamentary Association (C.P.A.) dalam tiap-tiap negeri di Persekutuan.
Speaker-speaker dapat bertukar-tukar fikiran berkenaan dengan hal-hal yang bersangkut-paut dengan Majlis Mesyuarat Negeri masing-masing.
Persidangan yang berlangsung pada 15 & 16 ini telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman.  Pada persidangan ini 11 orang speaker dewan Undangan Negeri Persekutuan Tanah Melayu.  Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Negara Dato' Hj. Abdul Rahman Mohd. Yasin dan pemerhati khas daripada Brunei iaitu Speaker Dewan Undangan Negeri Brunei Y. Berhormat Dato' Setia Pengeran Haji Mohd. Daud. Diharap dengan adanya persidangan speaker-speaker ini akan menjadi pertemuan yang berguna dalam usaha memperbaiki pengendalian persidangan Dewan yang akan diadakan.

SUMBER- http://hids.arkib.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan