Rabu, 23 Mac 2016

b.Sistem pendidikan fardu ain dan kifayah siri 2

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Pendidikan fardu ain dan fardu kifayah  :
a. Pendidikan fardu ain  :
Fardu bermaksud kewajipan yang dituntut oleh agama.Ilmu fardu ain ialah ilmu-ilmu tentang kebenaran objektif untuk pedoman manusia. Ilmu asas ajaran lslam seperti akidah, syariat dan akhlak.Ilmu ini wajib dipelajar  dan diamalkan oleh setiap umat Islam yang mukallaf. Sumber utama ialah al-Quran dan sunnah, manakala sumber kedua ialah ijmak dan qias.1] Ilmu-ilmu fardu ain terbahagi kepada beberapa bahagian yang utama iaitu tauhid, fiqah dan asawuf.[2]
b. Pendidikan fardu  kifayah :
      Ilmu fardu kifayah  pula bermaksud Ilmu pengetahuan yang wajib dituntut  oleh sebahagian  umat Islam. Ilmu fardu kifayah adalah semua disiplin ilmu yang diperlukan bagi menyempurnakan  keperluan  hidup manusia samada berbentuk  keagamaan  atau keduniaan  seperti perubatan, sains dan teknologi, astonomi, kejruteraan, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

      Ilmu-ilmu fardu  kifayah merupakan  ilmu yang bersandarkan akal.Oleh itu ilmu ini berada di tempat kedua selepas ilmu fardu ain.Ilmu ini sebagai pelengkap kepada umat Islam dalam menangani persoalan-persoalan kepentingan masarakat semasa dan ilmu ini dapat difahami dengan mudah oleh setiap akal yang sempurna.Sumber ilmu ini ialah al-euran dan as-Sunnahsebagai  dasar, akal, pancaindera, pengkajian,eksperimen  dan lain-lain.Ilmu fardu  kifayah  terbahagi  kepada  tiga : ilmuindera, ilmu sains dan ilmu falsafah.

o Pendidikan fardu ain dan kifayah  di Mesir :
a. tentera pembukaan Islam di Mesir erdiri daripada para sahabat besar.Sebahagian daripada mereka menetapdi Mesir setelah pembukaannya.Mereka benih utama bagi pergerakan ilmu Islam di Mesir dengan ilmu-ilmu yang mereka ajar kepada masyarakat seperti ilmu tafsir ,hadis,feqah, lughah dan sebagainya.
Di Mesir,  ilmu fardu ain dan kifayah  amat ditekankan dan dipelajari  di institusi pendidikan meskipun  pada peringkat awal penekanan berkisar  tentang akidah  dan keimanan. Abdullah ibn Amru ibn al-As antara para sahabat yang paling tekenal yang meyertai  tentera pembukaan terlibat dalam penyebaran ilmu di Mesir.
b. Perkembangan pendidikan, interaksi dengan  luar,pertembungan  budaya dan sebagainya menyebabkan sistem kurikulum asal Mesir dicampuri  dengan  ilmu fardu kifayah  seperti falsafah, perubatan, astronomi  dan sebagainya.
c. Lahir tokoh-tokoh  ilmuan Islam terkemuka  di Mesir.
Antara tokoh ilmuan  dari kalangan para sahabat di Mesir  ialah Abdullah ibn Amru al-As. Tokoh dari generasi tabiin ialah azid bin Abi Habib ang diserahkan tanggungjawab berfatwa di Mesir oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.Beliau telah menunaikan tanggungjawab tersebut dan meninggal dunia di Mesir pada tahun 128H.

      Madrasah al-Dirasat al-Syariyyah di Mesir telah imam besar dalam ilmu fiqh, iaitu al-Layth ibn Said. Setelah itu muncul Imam al-Syafii untuk menziarahi Mesir dan beliau menghabiskan bahagian akhir daripada kehidupannya di sana hingga meninggal pada tahun 204H. Mazhabnya dikembangkan oleh Abu yaakob yusuf al-Buwayti dan al-Rabi ibn Sulayman a-Jizi. Tokoh- tokoh terkemuka lain yang lahir dari Madrasah Diasat Syariyyah di Mesir ialah Uthman bin Said. Beliau berasal dari kaum Qibti. Beliau menunjol secara khusus dalam ilmu qiaati dan meninggal pada tahun 197H.

Penyebar Pendidikan Bahasa Arab.
     Penyebaran bahasa Arab di Mesir bermula sama dengan pembukaan Islam di sana.Keadaan ini dibantu oleh pergaulan orang Arab Islam dengan penduduk Mesir dan perkahwinan dalam kalangan mereka.Penduduk Mesi  yang menganut Islam wajib mempelajari bahasa Arab untuk mengenali pengajaran-pengajaan agamanya yang baharu. Penterjemah antologi syair pada zaman Abdul Malik bin Marwan mempunyai kesan yang besar dan praktikal dalam penyebaran bahasa Arab di Mesir.   

Penyebar ilmu Bahasa dan Sejarah.
      Selain Madrasah al-Dirasat al-Syariyyah di Mesir, sekolah-sekolah lain untuk bahasa Arab dan Kesusasteraanya  serta sekolah untuk ilmu sejarah turut dibina. Contoh terbaik bagi tokoh yang mewakili kedua-dua sekolah ialah Abdul Malik ibn Hisyam, penulis kitab al-Sirah al-Nabawiyyah yang terkenal dan Ibn Abdul Hakam,penulis Futuh Misra wa Akhbaruha. Antara ahli sejarah Mesir  paling terkenal pada waktu itu.

Ilmu Sains Alam  
Sekolah ilmu sains alam juga erdapat diMesir. Contohnya seperti ilmu perubatan dan kimia. Antara tokoh yang giat dalam ilmu-ilmu ini ialah Ibn Abjar al_ tayyib dan ahli sufi terkenal yang juga merupakan ahli falsafah dan ahlikimia iaitu Zunnun al-Masri.[3]
Pendidikan fardu ain dan kifayah  di Acheh  :
a. Di Acheh, ilmu fardhu  ain amat ditekankan pada peringkat awal pendidikan, pengajian  al quran, al Hadis di ajar di semua institusi,serta  ilmu-ilmu lain sepertifekah, tauhid dan tasawuf.
b. Pengajian fardhu kifayah  diajar pada peringka tmenengah  dan tinggi. Di peringkat Dayah ilmu fardhu kifayah di ajar menggunakan  kitab-kitab dari Arab.Antara  ilmu tersebut ialah geografi,  sejarah, dan matematik.
c. Pendidikan khusus untuk wanita dalam bidang pertanian,  pertukangan,  ilmu perniagaan  turut diajar diDayah.Di peringkat Dayah ilmu fardhu kifayah di ajar menggunakan  kitab-kitab dari Arab.Antara  ilmu tersebut ialah geografi,  sejarah, danmatematik.[4]




[1] “Pendidikan”, ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),70.
[2] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, 245.
[3] Ibid,245.
[4]“Pendidikan”, ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,),70.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan