Isnin, 28 Mac 2016

PERJANJIAN PERDAGANGAN MALAYSIA / INDONESIA DITANDATANGANI

Pada   hari   ini 28.3  dalam   tahun  1969,  Perjanjian  Perdagangan di antara Malaysia dan Indonesia telah ditandatangani.  Upacara  yang  bersejarah ini  telah  diadakan  di  Wisma  Putra,  bertujuan  untuk mengeratkan  kerjasama  ekonomi  dan  perkembangan  perdagangan di antara  kedua-dua negara.  Setiausaha  Tetap  Kementerian  Perdagangan dan Perusahaan,  Tan  Sri  Raja  Mohar  Badiozaman   telah mewakili kerajaan Malaysia, sementara  negara Indonesia pula diwakili oleh  Penasihat Dagang kepada Menteri  Perdagangan  Indonesia  Dr. Ariffin Hararap.  Antara  perkara  utama  yang  telah  dipersetujui  dalam  perjanjian  ini  ialah penetapan  peraturan  perdagangan di sempadan  kedua-dua buah negara. Selain daripada  itu  persetujuan juga  telah  dicapai  untuk mengadakan  kerjasama  ekonomi dan  teknik  pemprosesan  dalam  bidang  perusahaan  getah,  bijih timah,  kelapa sawit,  lada hitam,  kayu-kayan  dan perkapalan. Sesungguhnya perjanjian yang ditandatangani ini telah meluaskan lagi hubungan diantara kedua-dua negara terutamanya dalam bidang perdagangan.  Persefahaman  dan  jalinan  hubungan  yang  harmonis  dikalangan  negara-negara  jiran  telah  menyumbang  kearah  pengekalan  kemerdekaan negara.

Sumber-http://hids.arkib.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan