Rabu, 16 Mac 2016

SEKOLAH LATIHAN KEMAHIRAN MARA PERTAMA DIRASMIKAN 16.3.1969


Pada  hari  ini  dalam  tahun  1969,  Sekolah  Latehan Kemahiran MARA telah dirasmikan  oleh  Timbalan  Perdana  Menteri  Malaysia, Y.A.B Tun  Abdul  Razak bin  Hussien.  Sekolah  latihan  Mara  yang  pertama  di Malaysia  ini  dibina  bertujuan  untuk meninggikan  mutu  kemahiran  dan  mempelajari  teknik-teknik  baru  dalam bidang  perusahaan  dan  perdagangan. Terletak di Jalan Hang Tuah, Melaka dengan keluasan lima ekar, sekolah ini menyediakan  dua  kursus  iaitu  Kursus  Kajisawat  Motor  dan  Kursus  Mekanikal. Selaras  dengan  perkembangan  semasa,  beberapa  kursus  tambahan  telah  dimasukkan  di  Pusat  Latihan  ini  iaitu  Lukisan  Jentera  (1972) dan  Kursus  Ketuj  dan  Cat  Kereta  (1975). Bagi  menampung  pelajar yang semakin ramai, pada Januari 1984 sekolah ini telah dipindahkan  ke  Kg. Simpang  Kerayong  Jasin,  Melaka.  Kini,  namanya  juga  telah  bertukar  kepada  Institut  Kemahiran  MARA  Melaka  dengan menyediakan sepuluh kursus kemahiran untuk kaum bumiputera. Sesungguhnya, langkah penubuhan institute  latihan  ini merupakan antara  usaha awal  yang diambil  oleh  kerajaan selepas kemerdekaan bagi menyediakan  kemahiran  memperlengkapkan  penyertaan  orang Melayu  dalam  bidang teknikal sebagai  majikan  atau  pekerja  bumiputera. Sesungguhnya  sejak  ditubuhkan Institut  Kemahiran  MARA  telah  menjadi    pamangkin  kepada  banyak  Institut  lathan  yang lain  di  seluruh  Negara  terutama  dalam  menyediakan  tenaga  kerja  mahir  dalam  Negara  yang  merdeka  ini.

SUMBER-http://hids.arkib.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan