Pada hari
ini dalam tahun
1637, satu perjanjian
antara kerajaan Pahang
dan Belanda mengenai kerjasama
dalam bidang pertahanan
telah ditandatangani di
negeri Pahang. Sebelum
perjanjian ini ditandatangani, hubungan
Pahang dan Belanda
kurang memuaskan. Pahang
dan Belanda serta
Aceh dan Portugis,
seringkali bermusuhan antara
satu sama lain
sehingga membawa kepada
meletusnya peperangan. Dalam
tahun 1629, persengketaan
bermula apabila Acheh
menyerang Portugis di
Melaka dan Pahang
turut terlibat dengan
membantu Portugis mengalahkan
Acheh. Pada 10
Disember 1632, Pahang
bersama-sama Belanda dan
Acheh telah bersatu
dan menyerang Portugis.
Namun permusuhan antara Pahang
dan Belanda berterusan,
apabila pada 9 November
1634, angkatan perang
Pahang dan Johor
telah berangkat ke
Patani untuk membantu
Patani memerangi Siam.
Setelah wujudnya permusuhan
yang berpanjangan di antara Pahang
dan Belanda, maka satu
perjanjian telah ditandatangani pada
hari ini di
antara kedua-dua kuasa
dalam usaha menjaga
keamanan bersama. Dalam
perjanjian ini Pahang
telah berjanji untuk
mendirikan kubu pertahanan
yang kuat di
Johor dalam usaha
mereka menentang Portugis
di Melaka.
SUMBER-http://hids.arkib.gov.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan