Rabu, 30 Mac 2016

2.3.1 PERKEMBANGAN INTELEKTUAL

2.3.2  : Sumbangan  tokoh
Hasil Pembelajaran  : Menilai  sumbangan tokoh - al-Khawarizmi, Ibn Sina, al-Ghazali
dan Ibn Khaldun.
Masa / Kawasan Kajian : Khalifah Abbasiyah abad ke-8 hingga 13M dan Mesir  abad ke-
15M.
1.a.Al-Khawarizmi
Latar belakang  Al-Khawarizmi
Kepakaran  beliau dalam  ilmu matematik diiktiraf oleh pemerintah Abbasiyah iaitu Khalifah Harun al-Rashid  yang melantiknya sebagai  pakar matematik dan ahli akademik matematik di Baitul Hikmah.  Khalifah al-Makmum  melantik  beliau sebagai  pengarah arkib di perpustakaan  istana. Al-Khawarizmi  mengemaskini sistem perpustakaan  dengan menambah  indeks buku-buku  di perpustakaan tersebut  di Baitul Hikmah.  Beliau turut bertugas mengetuai  dan mengawasi  kerja penterjemahan  buku-buku Matematik  dalam bahasa Yunani  yang diperoleh daripada  kerajaan Byzantine.[i]

      Al-Khawarizmi  seorang  tokoh Islam yang berpengetahuan  luas dalam bidang falsafah,  logik, aritmetik,  geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.
Sumbangan al-Khawarizmi  :
a. Matematik:
Memperkenalkan  sistem nombor India (kini dikenali  angka Arab)  yang digunakan sehingga kini iaitu 0 hingga 9.Angka-angka tersebut menggunakan  simbol-simbol  yang mewakili nilai-nilai  tertentu.Beliau memperkenalkan  beberapa  proses  pengiraan termasuk  operasi dan pecahan.

      Tokoh pertama yang memperkenalkan algebra dan matematik. Antara cabang matematik yang diperkenalkan beliau seperti geometri, algebra, aritmetik dan lain-lain.
      Memperkenalkan penggunaan  angka dalam  karyanya  De Numero Indorum  yang berkaitan dengan aritmetik.  Beliau menerangkan  tentang  angka sifar. Dengan adanya angka
sifar, operasi tambah,  tolak,  darab, bahagi,  kuasa, logkosinus dan lain-lain dapat diselesaikan  dengan mudah,malah  membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang dengan lebih pesat.Angka sifar yang diperkenalkan  olehnya dipinjam oleh bahasa-bahasa  Eropah dengan sebutan  cifre,chiffre danzero. Melalui  angka  sifar akan terbitkan  nombor yang mencapai  infiniti.

    Sistem  angka  juga dapat dikaitkan dengan bidang lain termasuk astronomi yang membolehkan meramal gerhana, menentukan  planet-planet  atau planet-palent  dan lain-lain.
. Dalam konsep  algebra (aljabar - ilmu persamaan),  alKhawarizmi memperkenalkan kaedah penyelesaian  tersusun dan sistematik  sehingga  digelar Bapa Ilmu Algebra. Karya algebra  beliau  Hisab  al-Jabal wa al-Muqabalah.Buku beliau yang memperkenalkan kaedah arimetik al-Jabar telah diterjemahkan  dalam  bahasa  Latin dan menjadi rujukan  di universiti-universiti  Eropah sejak abad  ke 12 hingga 16M.

      Beliau orang pertama yang mengajar  algebra  dalam  bentuk mudah dan menyelesaikan  banyak permasalahan  seperti pewarisan,  pembahagian  harta pusaka dan perniagaan melalui karyanya.

     Al-Khawarizmi  telah membangunkan  bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai  sudut dan sempadan segi tiga yang mengandungi fungsi  sin.. Beliau menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan  kon dan membangunkan  kalkulus  yang membantunya menguasai  konsep perbezaan.

Karya beliau yang lain ialah Kitab  al-Jam'a bil Hisab al-Hindi yang berkaitan dengan konsep  aritmetik.

Geografi :
      Al-Khawarizmi  telah membetulkan pandangan Ptolemy mengenai  geografi  termasuk dalam melakar peta dunia.Beliau adalah  saintis  pertama  melakar peta dunia pada tahun 830M.

Menghasilkan  karya geografi
Kitab Surat al-Ard. Kitab ini telah diterjemahkan  bersama petanya  ke dalam  bahasa  lain.
Menulis tentang  takwim Yahudi  yang berjudd  Istikhraj Tarikh al-Yahudi.
c. Astronomi:
Pembangunan  ilmu kaji bintang dan ilmu falak oleh AlKhawarizmi memberi sumbangan besar  terhadap kemajuan dalam bidang sains  astronomi.
Hasil  kerjaya beliau turut meliputi kerjaa-kerja berkaitan dengan  jam, alat yang menunjukkan waktu  dengan  bayangan matahari serta  alat kaji bintang.
Beliau  banyak  menghasilkankarya  astronomi dan diterjemahkan ke pelabagai  bahasa asing. Antaranya Kitab al-Tarikh  dan Kitab al-Rukhmat (buku berkenaan  alat yang menunjukkan waktu  dengan bayagan matahari).
Khalifah al-Makmum  telah melantik  al-Khawaizmi  sebagai penasihat astronomi dan bertugas di balai cerap  yang didirikan oleh baginda  di Baghdad.[ii]




[i]“Perkembangan Intelektual”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),80.
[ii] Ibid,82.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan