Khamis, 10 Mac 2016

Huraikan pelaksanaan jizyah pada zaman Khulafah al-Rasyidin. 20m

      Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang-orang kafir dhimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan harta.benda mereka.Walau bagaimanapun, bukan semua orang kafir dhimmi yang dikenakan jizyah, sebaliknya mereka yang wajib membayar jizyah mestilah sihat fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka serta bukan ahli agama seperti paderi atau pendeta.
Isi-isi Penting
(a) Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
. Pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, jizyah dilaksanakan sebagaimana zaman NabiMuhammad s.a.w. Buktinya, ketika menghantar ekspedisi ke Byzantine dan Parsi, sebelum berperang, panglima Islam telah menawarkan tiga tuntutan, iaitu menerima Islam, berperang ataupun membayar jizyah.
. Pemimpin kawasan Hirah telah bersetuju membayar 19 000 dirham setahun, manakala penduduk kawasan Anbar serta Ain al-Tamar bersetuju membayar I dinar per individu sewaktu ekspedisi ke Daumat al-Jandal.
(b) Zaman Khalifah Umar bin al-Khattab
. Sumber pendapatan daipada jizyah semakin meningkat pada zaman Khalifah Umar bin
al-Khattab berikutan banyak kejayaan dicapai dalam ekspedisi ketenteraan.
. Pemimpin Baitulmuqaddis sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Khalifah Umar bin al-Khattab dengan menyatakan persetujuan membayar jizyah selagi kerajaan Islam mampu memberikan jaminan keselamatan harta dan nyawa mereka. '
. Penduduk Qibti di Mesir menjemput Amru bin al-As menghalau orang-orang Rom dan mereka
bersetuju membayar jizyah 2 dinar per individu setahun, di Syam pula dikenakan 1-4 dinar per
individu bergantung kepada status individu.
. Penduduk Azerbaijan pula walaupun dilerikan kelonggaran membayar jizyah pada tahtn 22 H,
namun pada tahun berikutnya dikenakan dengan kadar tertentu.
(c) Zaman Khalifah Uthman bin Affan
. Susulan kejayaan menguasai Mesir, beberapa kawasan di utara Afrika berjaya dikuasai pada zaman ini.
. Jizyah dikenakan ke atas wilayah-wilayah yang dikuasai seperti Tripoli, Nubah dan Qairawan
setelah termeterainya perjanjian damai.
(d) Zaman Khalifah Ali bin Abi Talib
. Walaupun berlaku kegawatan politik, jizyah tetap dilaksanakan. Buktinya, surat Ali kepada al-Asytar al-Nakhai supaya beliau tidak menolak perjanjian damai yang dihulurkan oleh orang kafir dhimmi yang bersetuju membayar jizyah.

Kesimpulannya, peningkatan sumber jizyah yang dikumpul pada zaman ini telah dimanafaatkan untuk memajukan negara seperti penyediaan infrastruktur dan juga membantu golongan yang tidak bernasib baik sekaligus berjaya mewujudkan iklim politik yang stabil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan