Pada hari ini
5.3.1971, Malaysia telah menarik diri dari menjadi anggota Kumpulan Badan
Pengkaji 8 Negara Komanwel. Pengumuman ini dibuat oleh Kementerian Luar Negeri
sebagai bantahan terhadap pengumuman Britain hendak membekalkan helikopter
jenis Wasp kepada negara Afrika Selatan tanpa menunggu laporan dari kumpulan
negara yang membuat kajian. Kumpulan Badan Pengkaji tersebut dibentuk oleh
negara-negara Komanwel di Singapura pada bulan Januari 1971 untuk mengkaji
masalah penjualan senjata Britain kepada Afrika Selatan. Malaysia telah pun
menjelaskan sikapnya bahawa sebarang keputusan Britain untuk menjual senjatanya
kepada Afrika Selatan sebelum kumpulan itu selesai menjalankan tugasnya akan
menjejaskan kerja-kerja kumpulan itu. Malaysia merupakan negara ketiga dari 8
buah negara anggota kumpulan yang menarik diri berikutan keputusan Britain. 2
buah negara terdahulu ialah Nigeria dan India.Dengan penarikkan Malaysia dari
menjadi anggota kumpulan 8 Negara Komanwel pada hari ini dalam tahun 1971 hanya
tinggal lagi 5 buah negara yang mengekalkan keanggotaannya iaitu Australia,
Britain, Kenya, Canada dan Jamaica.
Sumber- http://hids.arkib.gov.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan