OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
SEJARAH ISLAM
1 Masyarakat,
Pemerintahan,Pertahanan, dan Perhubungan Luar
1.1 Masyarakat jahiliah Semenanjung Tanah Arab (abad ke-6)
(a)
menjelaskan konsep
dan struktur masyarakat jahiliah.
MASYARAKAT JAHILIAH
AI-Quran tidak membatasi masa bagi zaman
jahiliah, tetapi hanya sekadar menyatakan secara umum ruang lingkup zaman
tersebut dengan ungkapan,'Jahiliah yang dahulu. Dalam kamus-kamus Arab juga
hanya menyatakan bahawa zaman Jahiliah ialah zaman sebelum Islam, iaitu zaman
sebelum turunnya al-Quran .Dalam konteks masyarakat Arab, zaman yang dipanggil
zaman jahiliah ialah zarnan selepas keruntuhan kerajaan Saba'. Pada masa itu tiada
nabi yang diutus dan tiada kitab suci daripada Allah SWT untuk dijadikan petunjuk
Pada masa yang sama, tiada ciri-ciri ketamadunan atau pembangunan fizikal yang
melambangkan peradaban yang tinggi.
Lebih tepat, zaman jahiliah bermula
selepas kejatuhan kerajaan Saba’ peringkat ketiga atau peringkat akhir pemerintahan
Himyar pada tahun 300 M dan berakhir setelah turunnya kitab suci
al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad SAW pada tahun 610 M. Dalam tempoh
kira-kira tiga abad iatu masyarakat Arab pada amnya, telah.mengalami zaman
keruntuhan bukan sahaja dari segi agama dan akhlak tetapi juga dari segi politik,
ekonomi, sosial dan ilmu pengetahuan.
Konsep Jahiliah.[Hasil pembelajaran:menjelaskan konsep jahiliah]
Jahiliah berasal daripada akar
kata jahala dan kata terbitan jahlun atau jahlatun yang bererti bodoh dan
sesat.
Berdasarkan al-Quran, ciri-ciri
jahiliah dapat dirumuskan kepada
empat, iaitu:
(a)zaman yang tidak mempunyai
nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
(b) masyarakatnya tidak
mempunyai peradaban dan tamadun.
(c ) masyarakatnya tidak
berakhlak, bersikap angkuh dan bongkak.
(d )masyarakatnya jahil kerana
tidak boleh menulis dan membaca.
Jika satu daripada sifat-sifat
tersebut terdapat pada sesuatu zaman atau masyarakat tersebut boleh dianggap
masyarakat jahiliah.Berdasarkan pengertian tersebut, kebenaran pendapat
orientalis Barat seperti P. K. Hitti tentang makna jahiliah boleh
disangkal.Menurut P. K. Hitti, masyarakatArab jahiliah hanya jahil dari segi
agama dan kepercayaan tetapi maju dari segi ilmu pengetahuan dan mempunyai
tamadun yang tinggi.
Pendapat P. K. Hitti tentang makna
jahiliah dari segi ketepatan sejarah juga boleh dipersoal. Ini kerana kerajaan
Saba' pada Zaman kegemilangannya (pada zaman Ratu Balqis) telah menerima ajaran
Nabi Sulaiman a.s. dan Allah SWT menganugerahkan kerajaan Saba' sebagai
"negeri yang makmur dan mendapat pengampunan Tuhan". Setelah kerajaan
ini ingkar kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah menurunkan bala dan kerajaan
ini mengalami keruntuhan.Di Semenanjung Tanah Arab, zaman yang paling layak digelar
zaman jahiliah ialah zamaln selepas keruntuhan kerajaan Saba', iaitu sekitar
tahun 300 M hingga kerasulan Nabi Muhammad SAW pada tahun 610 M. Dalam tempoh
masa ini, tiada rasul dan tiada kitab suci diturunkan sebagai petunjuk.Pada
zaman jahiliah, masyarakat Arab berada dalam kekufuran, kemaksiatan, keangkuhan
dan kejahilan dalam ilmu pengetahuan.
Struktur
Masyarakat Jahiliah[Hasil
pembelajaran:menjelaskan struktur masyarakat jahiliah]
Masyarakat jahiliah mengamalkan
sistem berkabilah, iaitu satu unit sosial yang mengawal sistem pentadbiran
masyarakat. Sistem masyarakat berkabilah ini adalah berlandaskan kepada
pertalian darah dan keturunan
yang diistilahkan sebagai semangat asabiyah.
Semangat asabiyah ialah perasaan taksub
kepada kabilah dan bermegah dengan kabilahnya. Mereka memandang hina terhadap
kabilah yang lain. Unit paling asas dalam sistem kabilah ialah seseorang
individu yang terikat dengan kabilah masing-masing. Seterusnya, diikuti dengan
unit keluarga (a'ilah) yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak yang
tinggal dalam satu khemah.
Manakala beberapa buah khemah akan
membentuk satu kumpulan (hayy), dan beberapa hayy terbentuklah satu kaum.
Setiap kaum akan membentuk satu kabilah.Wakil daripada kaum-kaum yang membentuk
kabilah ini akan melantik seorang ketua (syeikh) untuk mengetuai kabilah mereka.
Syeikh ini bertanggungjawab mempengerusikan Majlis Kabilah.
Syeikh sangat dihormati dan ditaati
dalam kabilahnya. Seseorang individu atau anggota kabilah hendaklah patuh
kepada syeikh dan bertanggungjawab terhadap kepentingan kabilahnya. Manakala
syeikh bertanggungjawab menyelesaikan masalah dalam kabilahnya, membuat perjanjian
dengan kabilah-kabilah lain, melayan tetamu dan memberi perlindungan.
Seseorang individu dalam kabilah
mestilah sanggup menolong, menuntut bela dan berkorban untuk anggota dalam kabilahnya
walaupun dengan jalan berperang. Ini kerana mereka beranggapan bahawa setiap individu
dalam kabilah mempunyai pertalian darah dan mempertahankan kabilah merupakan kewajipan
bersama.Jika terdapat anggota kabilah mereka dibunuh oleh anggota kabilah lain,
individu dalam kabilah itu mesti segera bertindak dengan menuntut bela tanpa
mengira salah atau benarnya anggota kabilah yang dibunuh itu.
Kehidupan masyarakat jahiliah
yang berasaskan semangat asabiyah menjadi punca perbalahan dan peperangan berlaku sesama mereka sehingga
membawa kepada perpecahan dan kemunduran.
Dalam struktur masyarakat jahiliah,
wujud susun lapis masyarakat yang jelas, iaitu kelas atasan dan kelas bawahan. Kelas
ini dibezakan dari sudut kekuasaan, kekayaan, kemahiran
dan sebagainya.Wanita, golongan
miskin dan hamba dikategorikan sebagai kelas bawahan.
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Kesesatan agama dalam kalangan
masyarakat jahiliah mempunyai hubungan rapat dengan ketiadaan petunjuk dan
pedoman daripada kitab suci dan rasul pada waktu itu sehingga mereka tunduk
kepada kuasa berhala dan menganut agarna berhala (wathani).
Di samping agamaberhala, terdapat juga
aguna-agama lain seperti agama Majusi, Nasrani dan Yahudi yang telah
diselewengkan,tetapi bilangan penganuftrya amatlah kecil.
Pengaruh asing menjadi faktor
pendorong penyebaran pelbagai agama di Semenanjung Tanah Arab kerana
hubungannya dengan dunia luar melalui perdagangan, hubungan diplomatik dan
kegiatan-kegiatan agama. Dua
kuasa besar, iaitu Parsi dan Byzantine berlumba-lumba untuk menyebarkan agama masing-masing.
Parsi menyebarkan agama Majusi sementara Byzantine menyebarkan agama Nasrani.
Walau bagaimanapun, sebahagian besar
kaum Badwi di kawasan tengah Semenanjung Tanah Arab masih menyembah berhala.
Terdapat lima golongan beragama dalam kalangan masyarakat
Arab, iaitu:
(a) menyembah berhalal wathani.
(b) menyembah api/Majusi.
(c) Nasrani/Kristian.
(d) Yahudi.
(e) Hanif/Samawi.
Agama menyembah berhala
merupakan agama yang dominan dalam kalangan masyarakat Arab.Orang yang mula-mula
memperkenalkan agama menyembah berhala ialah Umar bin Luai. Berhala tersebut
dibawa dari Syam lalu diletakan di sekeliling Kaabah dan disembah. Berhala-berhala
yang disembah diperbuat daripada batu, kayu dan logam sama ada berbentuk asli
atau replika.Pusat agama berhala terletak di kota Makkah. Pada waktu itu di
sekeliling Kaabah terdapat kira-kira 360 buah berhala.Berhala-berhala yang
terkenal di Makkah ialah al-uzza, al-Latta dan al-Manat.
Agama Majusi berasal dari Parsi.Mereka tidak
mempunyai kitab dan tidak mengakui nabi yang diutus oleh Allah SWT.Penganut
agama Majusi mempercayai dua tuhan, iaitu tuhan yang baik dan tuhan Yang jahat.Mereka
juga percaya kepada dua konsep api, iaitu api sebagai penerang dan api sebagai
pemusnah. Agama ini terbahagi kepada tiga mazhab yang besar, iaitu Kayumarthiyah,
Zarwaniyah dan Zaradusshitiyah.
Agama Yahudi ialah agama yang dibawa oleh
Nabi Musa a.s. yang diutus kepadanya kitab Taurat.penganut agama Yahudi, iaitu
Bani Israel telah mengubah isi kandungan kitab Taurat dan Allah SWT telah
melaknat mereka.
Agama Nasrani (Kristian) dibawa oleh
Nabi Isa a.s. yang diturunkan kepadanya kitab suci Injil.Kaumnya juga telah mengubah
isi kandungan kitab ini.Agama Nasrani dikembangkan ke utara Semenanjung Tanah
Arab menerusi penduduk Ghassan dan Hirah, di sebelah selatan pula menerusi
penduduk Habsyah pada abad ke-6 M.
Segelintir orang Arab menganut agama Hanif
yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s.. Mereka digelar Hunafa (Muslim) dan mentauhidkan
Allah SWT.
Kepercayaan animisme
Bentuk kepercayaan masyarakat
jahiliah terbahagi kepada dua, iaitu kepercayaan beragama dan kepercayaan
animisme.Sebahagian masyarakat jahiliah yang tidak beragama mengamalkan
kepercayaan animisme.Antara amalan animisme masyarakat jahiliah ialah memuja
roh, penunggu atau kuasa ghaib, menyembah objek-objek seperti batu atau
pokok-pokok yang besar, api dan sebagainya.
Masyarakat jahiliah juga memuja
matahari, bulan dan bintang kerana menganggap cakerawala mempunyai kuasa dalam
kehidupan mereka. Mereka percaya bahawa matahari membolehkan tumbuhtumbuhan hidup,
manakala bulan dan bintang pula menjadi petunjuk dalam perjalanan pada waktu
malam.
Golongan masyaralat jahiliah
yang menyembah Tuhan Padang Pasir pula dikenali sebagai ahl al-Saf.Amalan yang
dilakukan oleh golongan ini ialah berjalan-jalan di padang pasir pada waktu
malam sambil menyanyi, bergendang dan membawa unggun api.
Selain itu, terdapat juga masyarakat
jahiliah yang mengamalkan ajaran sihir dengan menyembah jin dan dewa-dewa.Manakala
ada pula segolongan masyarakat jahiliah yang
menyembah malaikat lelaki dan
perempuan kerana dianggap sebagai perantara.Masyarakat jahiliah juga mempunyai kepercayaan
tradisi yang berunsur tahayul seperti menilik nasib,sangka baik dan sangka
buruk dengan isyarat-isyarat tertentu, mempercayai kuasa azimat tangkal dan
ahli nujum.Kedatangan Islam telah mengubah corak kehidupan masyarakat jahiliah
bukan sahaja dari segi agarna tetapi juga dari segi ketamadunan fizikal dan
mental.
POLITIK
Pada zaman jahiliah, tidak terdapat
kerajaan yang mempunyai struktur pemerintahan yang teratur dan berkuasa.Kedudukan
politik masyarakat padazaman jahiliah dilihat tergugat
akibat penjajahan kuasa-kuasa asing. Zaman ini dikenali sebagai zaman
penjajahan kerana sebahagian besar Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh
Byzantine dan Parsi. Masyarakat Quraisy Makkah turut tergugat dengan
ancamanancaman kuasa asing. Contohnya, serangan tentera bergajah oleh tentera
Habsyah pimpinan Abrahah yang datang dari Yaman pada tahun 570 M (dikenal sebagai
Tahun Gajah), iaitu tarikh keputeraan Nabi Muhammad SAW.
Masyarakat jahiliah sering berperang
sesama sendiri dan hidup berpuak-puak untuk mendapatkan restu dan perlindungan
daripada pemerintah. Pada zaman penjajahan, mereka tidak lagi berupaya untuk membela
diri kerana berasa rendah diri, kalah dan patah semangat
untuk terus berjuang. Akibatrya,
mereka menyerah kalah kepada kuasa-kuasa asing yang
telah mendirikan kerajaan-kerajaan
boneka di Ghassan (naungan Parsi), Hirah (naunganByzantine) dan Yaman (naungan
Habsyah).
Walaupun tempat-tempat tersebut
mempunyai pentadbiran dan pemerintahan sendiri, tetapi ini tidak boleh dianggap
sebagai sebuah pemerintahan yang maju dan bertamadun kerana masing-masing terletak
di bawah kuasa penjajah.
EKONOMI
Walaupun kehidupan masyarakat Arab di Yaman
agak mewah,beragama dan bermoral pada suatu ketika dahulu yang disifatkan dalam
al-Quran sebagai baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur,tetapi berikutan
keruntuhan Empangan Ma'arib dan kekufuran, kehidupan mereka bertukar menjadi
mundur, papa kedana serta sesat.
Selepas keruntuhan Empangan Ma'arib dan
penjajahan ke atas Semenanjung Tanah Arab, keadaan politik dan ekonomi semakin
meruncing. Kawasan utara Semenanjung Tanah Arab juga turut terjejas akibat penjajahan
Byzantine dan Parsi, bukan sahaja dari segi politik,tetapi juga dari segi
ekonomi dan sosial.
Ramai penduduk di selatan Semenanjung
Tanah Arab berhijrah ke utara dan menjalankan aktiviti perdagangan. Namun,
kegiatan perdagangan tidak menguntungkan kerana pelbagai halangan seperti pertelagahan
sesama kabilah Arab. Perhijrahan ini juga disebabkan kemerosotan hasil
pertanian yang berlaku di selatan Semenanjung Tanah Arab pada ketika itu.
Kerajaan Himyar mencari alternatif
dengan melaksanakan dasar penaklukan untuk mengumpulkan kekayaan.Pada mulanya,
mereka berjaya mengumpulkan harta yang banyak
melalui penaklukan, tetapi
selepas tahun 300 M, kerajaan ini mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk
hingga kejatuhan Habsyah pada tahun 534 M. Sejak itu, pertumbuhan ekonomi di
Semenanjung Tanah Arab semakin lembap.
Peristiwa percubaan tentera Habsyah
menawan kota Makkah telah memburukkan lagi situasi perdagangan antara kedua-dua
buah kawasan ini.Makkah tersepit di antara Byzantine dengan Parsi hingga
menyekat perkembangan perdagangannya.Konflik
ekonomi yang wujud dalam masyarakat jahiliah menyebabkan ekonomi
masyarakat Arab pada waktu itu tidak
dapat berkembang.
Pada dasarnya ketidakstabilan politik
sanenanjung Tanah Arab merupakan asas kepada pelbagai masalah ekonomi dalam
kalangan masyarakat Arab.
Sosial
Susun lapis masyarakat Arab bermula
daripada 'a'ilah (family), dikuti fasilah (gabungan dua a'ilah atau lebih),
bani (gabungan dua failah atau lebih), fakhidh (gabungan dua bani atau
lebih),batn (gabungan dua fakhidh atau lebih), imarah (gabungan dua batn atau
lebih), qabilah (gabungan dua imarah atau lebih) dan yang terbesar sya'b (iaitu
bangsa Arab).
Setiap individu bermegah-megah dengan
kabilahnya dan memandang hina kabilah-kabilah yang lain.Semangat setia kawan atau asabiyah menyebabkan
persengketaan sering berlaku sesama mereka walaupun hanya disebabkan perkara kecil.
Mereka sering berperang sesama sendiri
untuk mencari nama, kuasa, pengaruh dan harta benda sebagai lambang kemegahan
kabilah mereka.Tawanan perang dijadikan hamba abdi jika tiada siapa yang menebus
atau melindungi mereka.
Pada zaman jahiliah, wanita tidak
mempunyai tempat yang sewajamya dalam masyarakat dan sering dibawa bersama-sama
dalam peperangan untuk memberikan perangsang kepada tentera.Mereka juga sanggup
menanam bayi perempuan hidup-hidup kerana menganggap anak perempuan akan
memberikan masalah sosial dan ekonomi kepada mereka.
Masyarakat jahiliah berkahwin tanpa had
dan batas.Hamba dipandang hina dan mempunyai status terendah dalam masyarakat serta
sering diperlakukan dengan perkara-perkara di luar nilai kemanusiaan.Keadaan
ini wujud kerana kehidupan mereka bercirikan unsur-unsur gasar yang berlawanan
dengan ketamadunan.
Secara umumnya sistem sosial masyarakat
jahiliah tidak menjadikan teras perpaduan sesama kabilah sebagai tunjang
kekuatan bangsa mereka.
Ilmu Pengetahuan
Penyebaran ilmu pengetahuan dan
peradaban pernah berlaku di selatan Semenanjung Tanah Arab pada zaman
kegemilangannya,sehingga terdirinya beberapa buah kerajaan Arab seperti
kerajaan Qataban, Ma'in, Saba' dan Himyar. Namun begitu, ketamadunan itu runtuh
akibat kekufuran, kemaksiatan, kejahilan dan kedudukan ekonomi mereka turut
musnah akibat keruntuhan Empangan Ma'arib yang menjadi pemangkin kepada ekonomi
pertanian.
Sejak itu, kira-kira 300 tahun
sebelum Islam, masyarakat Arab mula memasuki zaman jahiliah dan zaman
penjajahan.
Dalam tempoh tersebut, masyarakatArab
telah mengalami Zaman Gelap dan mundur bukan sahaja dari segi agama dan akhlak,
tetapi juga dari segi ilmu pengetahuan.Masyarakat jahiliah tidak mempunyai ilmu
pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai bidang seperti agama, politik, ekonomi,perniagaan
dan perdagangan.
Sejak sebelum zaman jahiliah, penyebaran
ilmu pengetahuan telah berlaku di kawasan pinggir bahagian selatan dan barat
laut Semenanjung Tanah Arab kerana hubungan perdagangan dengan bangsa asing.Penyebaran
ilmu amat terbatas dalam masyarakat jahiliah kerana minat mereka kepada perdagangan
mengatasi minat untuk menuntut ilmu pengetahuan.
Ketiadaan pewarisan ilmu menyebabkan
mereka gagal membina semula Empangan Ma'arib yang sudah runtuh.Di Semenanjung
Tanah Arab pada waktu itu hanya terdapat 17
orang kaum Quraisy yang pandai
membaca dan menulis. Jumlah ini amat kecil berbanding saiz masyarakat Arab pada
waktu itu.Jadi, masyarakat tersebut boleh dianggap sebagai masyarakat yang buta
huruf
Masyarakat Arab menumpukan kepada daya
ingatan dan hafalan kerana mereka tidak tahu membaca dan menulis. Jika sesuatu
data atau maklumat tidak diminati, ia akan luput begitu sahaja.Dalam bidang
kesusasteraan, sebahagian masyarakat Arab tahu bersyair, bersajak dan
berkhutbah.
Karya-karya
kreatif yang dihasilkan berbentuk semula jadi, iaitu karya yang lahir daripada
kreativiti dan bakat semula jadi. Karya yang dihasilkan hanya untuk
berseronok-seronok dan bukannya karya berbentuk ilmiah.
Berdasarkan keterangan-keterangan yang
diberikan, jelas bahawa sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad
SAW, wujud masyarakat jahiliah di Semenanjung Tanah Arab.Justeru, Allah SWT mengutuskan
Nabi Muhammad SAW dan menurunkan al-Quran untuk menjadi panduan dan rujukan
kepada manusia. Al-Quran bukan hanya mengandungi ajaran-ajaran berbentuk akidah,
syariah dan akhlak, tetapi juga bidang-bidang lain seperti politik, ekonomi,
sosial, perundangan, perubatan, sains dan bidang-bidang pendidikan yang lain.
Akidah dan ilmu pengetahuan amat penting
dan tidak boleh dipisahkan. Melaluinya manusia membina tamadun, mengenali dan
mengingati Allah SWT.Kesan dan pengaruh pendidikan Islam yang disampaikan oleh
Nabi Muhammad SAW kepada manusia mengenai ilmu pengetahuan dan tamadun Islam
amat mendalam.
Sekiranya dibandingkan sumbangan
masyarakat Islam dengan masyarakat jahiliah dari segi ilmu pengetahuan, sudah
tentu perbezaannya amat ketara. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa
masyarakat jahiliah tidak memberikan apa-apa sumbangan dalam aspek ilmu
pengetahuan.
Dengan perkataan lain, pencapaian ilmu
pengetahuan pada zaman jahiliah amat rendah. Apatah lagi ramai dalam kalangan
mereka tidak berminat dengan ilmu pengetahun, bahkan kebanyakan mereka
dikategorikan sebagai golongan buta huruf.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan