Isnin, 3 Mac 2014

PENUBUHAN JAWATANKUASA MENGKAJI MATLAMAT-MATLAMAT LATIHAN PERGURUAN

OLEH- AHMAD AAKOB
Pada hari ini 3.3 dalam tahun 1971, Kementerian Pelajaran menubuhkan Satu Jawatankuasa Mengkaji Matlamat-matlamat Latihan Perguruan.
Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan mengkaji serta memperbaiki perkembangan sistem pendidikan dan pelajaran di negara ini. Di samping mewujudkan perpaduan melalui pendidikan.
Beberapa perkara telah diatur bagi menjayakan tugas dan tanggungjawab jawatankuasa ini iaitu:
Mengadakan pemilihan calon untuk latihan perguruan dengan teliti dan bijaksana;
Memberi latihan ikhtisas sepenuhnya kepada guru yang bakal menjadi pengajar/pembimbing kepada pelajar-pelajar.
Memupuk semangat taat setia para guru kepada negara dan memberi peluang untuk perkembangan peribadi mereka.
Ekoran daripada cadangan Jawatankuasa ini, program latihan perguruan telah disemak semula dalam tahun 1970-an di mana seorang pakar British Prof. Alee Rose dari Universiti of Lacester telah diundang ke Maktab-maktab Perguruan di seluruh negara pada tahun 1972. Untuk mengkaji serta memberi pandangan mengenai masalah memperkemas dan mempertingkatkan mutu latihan perguruan kebangsaan di negara ini. Usaha-usaha bagi memperbaiki latihan perguruan ini, seiring dengan perubahan-perubahan semasa di dalam bidang pendidikan serta usaha-usaha untuk melahirkan generasi pelajar yang mampu menghadapi cabaran abad akan datang.
SUMBER: http://hids.arkib.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan