Aktiviti eksplorasi gas wilayah
selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz
raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut
“Penempatan kosong” (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa
itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.
Sebegaimana yang dinyatakan
oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz
besar. Mereka adalah kaum ‘Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru
manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat
kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.
Kemudian, setelah Allah memberi
kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka
berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud
AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab
Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum ‘Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.
Demi keselamatan tapak
arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan
tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi
Aramco.
Ada sesetengah pihak yang cuba
menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah ‘super
impose’. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran
sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang
mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?
Penemuan Arkeologi di Kota Iram
Pada awal tahun 1990 muncul
keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang
menyatakan “Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui”, “Kota Legenda
Arabia Ditemukan”, “Ubar, Atlantis di Padang Pasir.” Yang membuat penemuan
arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut
dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum ‘Ad
sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau
beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat
menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang
hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa
ingin tahu yang sangat mendalam.
Nicholas Clapp, seorang
arkeologi amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini.
Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp
telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang
sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti
Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom
untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman
dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini “Eudaimon Arabia”.
Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai “Al-Yaman As-Sa’idah”
20.
Semua nama tersebut bermaksud
“Arabia yang Beruntung “, kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di
masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya.
Jadi apakah yang untung itu?
Keberuntungan mereka sebahagian
berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam
perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung
Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan
mengedarkan “frankincense” sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat
disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai
upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama
berharganya dengan emas.
Thomas memaparkan tentang
suku-suku yang “beruntung” ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia
telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari
suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan “Ubar”.
Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup
di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa
pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat
dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.
Clapp, setelah mengkaji tulisan
Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang
masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan
dua cara. Pertama, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar
ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk
menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang,
beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.
Clapp meneruskan mempelajari
pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California.
Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui
penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang
dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta
ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan
jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.
Sementara itu, beliau menerima
khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut,
beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan
mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa.
Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya
Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai
dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari
jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya
merupakan sebuah bandar.
Akhirnya, lokasi bandar legenda
yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama
kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di
bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai “Ubar,
Atlantis di Padang Pasir”.
Lalu, apakah yang membuktikan
bandar ini sebagai bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran?
Begitu runtuhan-runtuhan mula
digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum ‘Ad dan
berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara
pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus
disebutkan dalam Al-Quran.
Dr. Zarins, seorang ahli
pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara
itu disebut sebagai bentuk khas bandar ‘Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai
menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa
tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al
Quran:
Apakah kamu tidak memperhatikan
bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Ad, (iaitu) penduduk Iram yang
mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota)
seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)
Sumber
Lihat gambar-gambar Penemuan
dibawah ini, dan anda boleh membuat penilaian sendiri, apakah ianya gambar asli
atau sebaliknya..
SUMBER-http://ping.busuk.org/v/590398/saintis-temui-manusia-gergasi.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan