Pada hari ini 15.2 dalam tahun
1957, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra,
telah menyempurnakan peletakan batu asas Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Pembinaan Stadium ini adalah sebagai persiapan menyambut kemerdekaan negara
pada 31 Ogos 1957. Kerja-kerja pembinaannya yang diselenggarakan oleh pihak
jabatan Kerja Raya dimulakan sejak September 1956 dan siap pada 21 Ogos 1957.
Stadium ini mempunyai kemudahan dan kelengkapan sukan yang setanding dengan
stadium-stadium antarabangsa di negara-negara lain pada ketika itu. Stadium
Merdeka dibuka kepada orang ramai buat pertama kalinya pada 24 hingga 29 Ogos
1957. Upacara perasmian stadium ini telah disempurnakan oleh YTM Tunku Abdul
Rahman pada 30 Ogos 1957 dan mula digunakan untuk satu upacara yang bersejarah
dalam sejarah tanahair, iaitu pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu pada 31 Ogos 1957. Sesungguhnya pembinaan stadium ini adalah merupakan
satu kemajuan ke arah perkembangan dan kegiatan sukan dan kebudayaan di negara
ini.
SUMBER-http://hids.arkib.gov.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan