Isnin, 24 Mac 2014

PELANCARAN PERSATUAN PELADANG KEBANGSAAN



 Pada hari ini 24.3 dalam tahun 1972, Persatuan  Peladang  Kebangsaan  telah  dilancarkan  oleh  Perdana  Menteri, Tun  Abdul  Razak  bin  Hussein. Upacara  tersebut telah  diadakan  di  Maktab  Pertanian Serdang  dengan  dihadiri   oleh 1,000 orang  termasuk ahli-ahli  persatuan, pegawai-pegawai  kanan  kerajaan, wakil-wakil swasta  dan  duta-duta  asing. Tujuan penubuhan  persatuan  ini   ialah  untuk menyatukan persatuan-persatuan peladang dan  mempelbagaikan kegiatan paladang  khasnya dalam bidang perniagaan dan perusahaan selaras dengan Dasar Ekonomi  Baru. Antara  matlamat  penubuhan Persatuan  peladang  adalah  untuk  memajukan taraf ekonomi, memperbaiki taraf hidup golongan  peladang, menambah  pengetahuan  dan  kemahiran  untuk meninggikan  hasil  pengeluaran  serta  menggalakkan  kerjasama  antara  peladang. Sebanyak  RM 4.2 juta  telah  diberi kan oleh  kerajaan  sebagai  modal pusingan  persatuan  ini. Sejak  ditubuhkan  persatuan  ini  telah  menyediakan  banyak  kemudahan  seperti perkhidmatan kredit, membekal  barang-barang keperluan  ladang  dan  perkhidmatan  pamasaran dengan  harga  berpatutan. Kini  setelah  sekian  lama  Negara  mengecapi  zaman  kemerdekaan, persatuan  ini  masih  bergiat  aktif  dan  kini  lebih  dikenali  dengan  nama  Pertubuhan  Peladang  Kebangsaan  atau  NAFAS (NATIONAL FARMERS ORGANISATION)  yang  diletakkan  di  bawah  tanggungjawab  Lembaga  Pertubuhan  Peladang.
SUMBER:http://hids.arkib.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan