Selasa, 4 Mac 2014

PERASMIAN PELANCARAN MELAWAT PULAU PINANG 88’

Pada  hari  ini 5.3  dalam  tahun  1988,  YB Dato’ Sabbaruddin  Chik,  Menteri  Kebudayaan  dan  Pelancongan  Malaysia  telah  merasmikan  pelancaran  Melawat  Pulau  Pinang  88’  bertempat  di  Kebun  Bunga,  Pulau  Pinang.  Program  Melawat  Pulau  Pinang  88’  ini   berlangsung  sehingga  bulan  Februari  1989  dan  melibatkan  kira-kira  100  acara.  Dalam ucapannya  YB Dato  Sabbaruddin  menyatakan,  Industri  Pelancongan  merupakan  penyumbang  pendapatan  tukaran  wang  asing  yang  keempat  terbesar  kepada  ekonomi negara  iaitu  menghasilkan  kira-kira  RM 1.79  juta  bagi  tahun  1987.  Beliau  juga  menyatakan  bahawa  Kementerian  Kebudayaan  dan  Pelancongan  akan  menyusun  rancangan  pembangunan  jangka  panjang  yang  diperlukan  oleh  industri  dari segi  pembangunan  infrastruktur  dan  superstruktur  serta  produk-produk pelancongan  lain  yang  akan  diselaraskan  oleh  Jawatankuasa  Induk  Pelancongan  yang  telah  ditubuhkan  pada  akhir  tahun  1987.  Beliau  juga  menyeru  kepada  media  massa  khususnya  akhbar  agar  tidak  menyiarkan  perkara-perkara  yang  boleh  merosakkan  imej  negara.  Sesungguhnya,  kerjasama  di  antara  kerajaan  Pusat  dan  Kerajaan  Negeri  serta  pihak  swasta  memainkan  peranan  penting  dalam  menjayakan  industri  pelancongan  negara. 

SUMBER-http://hids.arkib.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan