Pada hari ini dalam tahun 1969,
penubuhan Majlis Sukan Negara telah diumumkan. Usul penubuhan Majlis Sukan
Negara telah diluluskan oleh kabinet pada 27 April 1971 dan ditubuhkan di bawah
Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan
1979). Majlis Sukan Negara telah dilancar secara rasmi pada 21 Februari 1972
oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein.
Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan berprestasi
tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Belia dan
Sukan. Matlamat penubuhan Majlis ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara,
iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakan, pembangunan dan
pencapaian cemerlang sukan dalam pertandingan peringkat tertinggi. Manakala
objektif penubuhannya adalah:
i. memaju dan
mempertingkatkan prestasi atlet negara daripada peringkat Tunas, Bakat, Pelapis
dan Elit bagi menyertai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
ii. mempertingkatkan kualiti,
pengetahuan dan kemahiran jurulatih, pegawai teknikal dan pegawai pentadbir
sukan tempatan;
iii. menyediakan peluang
penyertaan yang lebih luas dalam bidang sukan peringkat negeri dan daerah;
iv. menyediakan program
perkhidmatan, khidmat nasihat, kepakaran, dokumentasi, perpustakaan,
penyelidikan sains serta perubatan sukan;
v. memperuntukkan Skim Galakan
dan ganjaran untuk atlet, jurulatih dan pentadbir sukan sebagai dorongan ke
arah peningkatan prestasi yang tinggi;
vi. membantu, memperbaiki dan
memperkemaskan persatuan dan pertubuhan sukan peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan;
vii. membantu memperkemaskan jentera
pentadbiran Majlis Sukan Negeri dan merancang bersama pelaksanaan program
pembangunan sukan peringkat kebangsaan;
viii. merancang dan menguruskan
kemudahan sukan yang diletakkan di bawah tanggungjawab Majlis; dan
ix. menyelaras pengelolaan Sukan
Malaysia
SUMBER-http://hids.arkib.gov.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan