Khamis, 6 Mac 2014

KURSUS PENTADBIRAN TANAH YANG PERTAMA DIADAKAN DI MAKTAB LATIHAN POLIS KUALA KUBU BARU, SELANGOR

Pada hari ini 5.3 dalam tahun 1956, satu kursus Pentadbiran Tanah Yang Pertama di Malaya telah diadakan pada 5 Mac 1956. Kursus ini dihadiri oleh 241 orang pegawai dari Jabatan Tanah seluruh Malaya bertempat di Pusat Latihan Polis di Kuala Kubu, Bharu, Selangor. Kerajaan British mengadakan kursus ini bertujuan memperkemaskan sistem pentadbiran tanah. Pada dasarnya, sistem yang diperkenalkan ini bertujuan memudahkan pihak pemerintah Inggeris mengenakan cukai ke atas tanah sekaligus memunggah hasil bumi Tanah Melayu kerana itulah latihan yang cukup diberikan kepada pegawai-pegawai di Jabatan Tanah. Malayan Civil Services diwujudkan pada 1919, bermula pengambilan kakitangan kerajaan daripada rakyat British dan juga rakyat pribumi. Apabila kakitangan semakin ramai usaha-usaha latihan kakitangan diadakan bertujuan memperkenalkan teknik, peraturan dan teknologi-teknologi terkini bagi melicinkan pentadbiran. Masalah pentadbiran tanah ini, wujud sejak tahun 1950-an lagi, apabila kerajaan menjalankan usaha-usaha pemindahan penduduk ke Kampung Baru untuk mengawal kegiatan Komunis. Apabila wujudnya Kampung Baru masalah pentadbiran tanah semakin rumit.
Namun begitu kursus kepada Pegawai Tanah tidak dapat diteruskan pada Julai 1957 kerana tempat kediaman pelatih tidak sesuai lagi.
Jelas kepada kita penjajah Inggeris mempunyai serampang dua mata, di atas apa yang dilakukan, termasuklah di dalam soal memberi latihan kepada pegawai-pegawai anak negeri seperti di dalam latihan kepada Pegawai Pejabat Tanah.
SUMBER-http://hids.arkib.gov.my/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan