Rabu, 12 Mac 2014

PERASMIAN PELAYARAN ULUNG KAPAL BUNGA SIANTAN

Pada  hari  ini 12.3  dalam  tahun  1991,  Perdana  Menteri,  Y.A.B  Dato’  Seri  Dr.  Mahathir  Mohamad  telah  merasmikan  Pelayaran Ulung Kapal ‘Bunga Siantan’ di Pelabuhan Kelang Utara, Selangor.  ‘Bunga Siantan’ merupakan pelayaran ulung Kapal Tangki Minyak Sawit terbaru syarikat  Perbadanan  Antarabangsa  Malaysia  Berhad  (MISC).  Turut  serta  dalam  majlis  tersebut  ialah  Pengerusi MISC, YM Raja Tan Sri Muhammad Alias,  Menteri-Menteri  dan  dif-dif Kehormat.   Pada  majlis  tersebut  juga  Perdana  Menteri  telah  melancarkan  perkhidmatan  pengangkutan kontena, MISC Haulage Services  Sendirian  Berhad  iaitu  anak  syarikat  MISC  yang  mengendalikan  kargo  tangki  minyak  sawit.  Perdana Menteri  dalam ucapan perasmiannya, berasa bangga kerana MISC mampu untuk mempertahankan kedudukannya sebagai syarikat perkapalan  Nasional yang  terbesar  serta  melaksanakan  program  pembesaran  angkatan kapalnya.  Beliau  menyeru  agar  semua  pihak  berusaha  untuk  menawarkan  kadar  yang  kompetitif  bagi  menarik  pelanggan,  disamping  memberi  perkhidmatan  yang  cekap.  Dato’ Seri  Dr.  Mahathir  Mohamad,  juga  berharap  penyertaan  MISC  Haulage Services  akan  membuka  era  baru  dalam  persaingan  antara  syarikat-syarikat  kontena  tempatan  dan  mengimbangi  kuasa  perusahaan  perkapalan  asing  di  Malaysia.

http://hids.arkib.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan