Pada hari
ini 24.3 dalam tahun 1975,
satu perjanjian Pengangkutan
Udara telah ditandatangani oleh
Timbalan Menteri Komunikasi, Datuk Wan
Abdul Kadir bin
Ismail sebagai wakil
Kerajaan Malaysia dengan Jan
Raczkowski, wakil Republik Poland
di Kuala
Lumpur. Perjanjian yang mengandungi
17 artikel itu
bertujuan untuk membolehkan
penerbangan dua hala
dilakukan di antara kedua-dua
negara. Antara perkara penting
yang terkandung dalam
perjanjian tersebut adalah hak
melalui ruang udara, mendarat, berlepas, menurunkan penumpang, kiriman pos dan kargo di
tempat-tempat dan laluan
tertentu; hak menentukan
syarikat penerbangan yang akan
beroperasi di kedua-dua
pihak; hak membatal atau menggantung
perkhidmatan; kelayakan operasi
memenuhi taraf perkhidmatan udara
berdasarkan kepada Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa, Chicago 1944;
pengecualian cukai atau
duti; penetapan
undang-undang dan peraturan
kemasukan, menetap dan berlepas. Dengan
termaktubnya perjanjian ini,
Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) telah memperolehi
hak pendaratan di Warsaw, Poland. Manakala Syarikat
Penerbangan Nasional Poland
pula mendapat hak
yang sama di Kuala
Lumpur. Sesungguhnya, perjanjian
ini telah menyumbang kepada
pembangunan kerjasama berterusan
bagi memantapkan sistem
pengangkutan udara di
kedua-dua negara.
SUMBER: http://hids.arkib.gov.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan