Oleh AQMAR ALLADAD-aqmar.alladad@kosmo.com.my
CUACA panas turut melanda ibu
negara semalam.
KUALA LUMPUR – Fenomena cuaca
kering dan panas terik yang melanda negara sejak Januari lalu mencapai kemuncak
apabila merekodkan suhu tertinggi mencecah 38 darjah Celsius antara pukul 1
hingga 2 petang semalam.
Menariknya, keadaan panas
dengan suhu 38 darjah Celsius itu mengatasi suhu yang dicatatkan di beberapa
bandar di Asia Barat seperti Mekah, Arab Saudi dan Baghdad, Iraq yang hanya
merekodkan 34 dan 29 darjah Celsius pada masa yang sama semalam.
Pengarah Bahagian Sains
Atmosfera dan Pembenihan Awan Jabatan Meteorologi, Azhar Ishak berkata, suhu 38
darjah Celsius itu dicatatkan di kawasan Subang, Selangor dan Alor Setar, Kedah
diikuti Lubok Merbau, Perak dengan suhu 37 darjah Celsius.
Katanya, suhu panas itu diramal
akan semakin meningkat sehingga mencapai tahap ekstrem iaitu 40 darjah Celsius
sekiranya hujan masih berkurangan.
“Jumlah hujan bagi Januari dan
Februari pada tahun ini kurang berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.
“Berdasarkan rekod lepas,
negara pernah dilanda suhu ekstrem iaitu 40.1 darjah celsius di Chuping, Perlis
dan 39.1 darjah celsius di Alor Setar, Kedah pada bulan Mac tahun 1998,”
katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Menurut Azhar, hujan pada tahun
ini berkurangan dan fenomena cuaca kering dijangka hanya akan berakhir pada
pertengahan Mac apabila berlakunya musim peralihan antara angin Monsun Timur
Laut kepada Monsun Barat Daya.
Beliau bagaimanapun
memberitahu, keadaan panas ketika ini masih belum mencapai tahap mudarat kerana
masih mendapat hujan termasuk daripada proses pembenihan awan.
“Kita akan meneruskan operasi
pembenihan awan sebanyak dua kali lagi bergantung kepada keadaan atmosfera dan
awan towering cumulus,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Azhar
memberitahu, pada setiap tahun iaitu pada bulan Mac, kawasan utara Semenanjung
seperti Kedah, Perak dan Perlis akan berdepan dengan cuaca kering serta panas
pada suhu yang tinggi.
Sementara itu, pensyarah Pusat
Pengajian Sains Fizik, Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Chong Hon Yew
berkata, keadaan cuaca kering dan panas yang berlaku ketika ini agak luar biasa
dan edaran cuaca disifatkan tidak menentu berbanding sebelum ini.
Menurut Hon Yew, keadaan cuaca
panas dan kering yang dialami ketika ini adalah disebabkan perubahan tiupan
arah angin dari timur ke barat.
“Kedudukan matahari yang tepat
di kawasan tropika juga menyebabkan suhu menjadi panas pada hari yang tiada
hujan.
“Biasanya bulan Mac, kawasan
pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan akan hujan tetapi berlaku
sebaliknya apabila kedua-dua negeri itu turut dilanda
Kosmo online 6.3.14
Tiada ulasan:
Catat Ulasan